RSS

Cadangan Kepada Semua MPP

01 Feb

Semasa saya menghadiri Islamic Performing Arts Concert 2008 (IPAC 2008) pada bulan lepas, saya sempat berkenalan dengan seorang wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Malaysia Pahang.

Ooi Kuan Hwa, 20, pelajar tahun kedua dari Fakulti Kejuruteraan Kimia. Beliau yang berasal dari Pulau Mutiara ini telah diberikan amanah oleh pelajar- pelajar setelah tewas bertanding bagi menjadi MPP.

Walaupun kami hanya meluangkan masa selama dua jam sahaja, kami sempat berkenalan dan bertukar maklumat penting. Saya sempat memberikan name card saya kepada beliau bagi tujuan pertukaran pendapat dan maklumat di masa akan datang.

Secara tidak langsung, saya sempat mempromosikan URL blog saya ini. Hehehe. Untuk meningkatkan jumlah pengunjung blog, pelbagai cara mesti digunakan bagi menarik lebih ramai pelawat.

Tiba- tiba, beliau berkata, “I think I need to setup my own blog (Saya rasa saya perlu mempunyai sebuah blog).” Niat sudah ada, cuma beliau tidak menemui sebarang petunjuk ke arah matlamat tersebut.

Pendapat saya, blog boleh menjadi sebuah platform yang mudah, cepat dan percuma bagi saudara mempromosikan sesuatu. Daripada produk, perkhidmatan dan sumbangan, semuanya boleh dilakukan dengan adanya blog.

Setiap hari, setiap masa, manusia daripada pelbagai negara, pelbagai bangsa dan pelbagai agama melayari Internet. Blog hanya boleh dilayari dengan adanya kemudahan Internet.

Secara tidak langsung, dalam masa sekejap sahaja blog saudara mampu dilayari oleh sesiapa sahaja dari mana- mana, pada bila- bila masa.

Sebelum saudara Ooi berlalu pergi, saya sempat berkata kepada beliau, “Blog boleh dijadikan suatu alat bagi menunjukkan kepada sesiapa sahaja tentang apa yang kamu lakukan sebagai seorang MPP.”

Saya menambah, blog boleh menjadi sebagai kayu pengukur bagi semua orang melihat kemampuan mentadbir dan menjalankan tanggungjawab. Dari sini, orang boleh melihat kredibiliti saudara.

Kalau saya seorang MPP, saya akan mewujudkan satu bahagian di blog saya di mana para pelajar dan pensyarah bebas melontarkan komen, kritikan membina dan cadangan. Malah, sebuah ruang boleh diwujudkan bagi para pelajar menghantar aduan.

Situasi ini memberi kelebihan kepada pihak MPP dan juga pelajar. Pihak MPP boleh menjalankan tanggungjawab sepantas kilat manakala pelajar tidak perlu berjalan jauh, menunggu lama dan menahan kerenah birokrasi bagi memastikan masalah mereka didengari dan ditangani.  

Kaedah blog bagi mempromosikan dan menceritakan sesuatu amat popular di kalangan CEO dan bos- bos di Amerika Syarikat.

Mereka menjadikan blog sebagai kemudahan asas bagi menceritakan kisah pejabat, perkhidmatan yang ditawarkan dan barang yang dipasarkan.

Lain orang, lain caranya. Lain orang, lain citarasanya. Tepuk dada, tanya selera. Ini sekadar cadangan, buah fikiran semata.

 
4 Komen

Posted by di Februari 1, 2008 in Kisah Hidup

 

4 responses to “Cadangan Kepada Semua MPP

  1. ooi k h

    Februari 16, 2008 at 4:29 pm

    hi there my fren…
    thanks for remarking me in ur blog… hehe…some wrong info there though… i’m taking chemical engineering,2nd yr, n onli went for election once but lost… currently senator mpp selected by uni not thru election.. haha… xde hal jz fyi…
    thanks for all ur advice n suggestions… i agree with u… but til now action not yet taken… hopefully by next month there wil b one la… there is one webpage for mpp ump in d progress of setting up, might as well use tat platform later on…
    very nice to hav met u… wishing u all d best… take care my fren!!

     
  2. writerdruid

    Februari 26, 2008 at 10:14 am

    Hello, sorry for the wrong info. Anyway, already made the amendment. Hope we’ll meet each other again one day. Take care!

     
  3. neko-chan

    Mac 6, 2008 at 7:54 am

    salam,
    waa.. kuan hwa, u’r famous now eh.. heheee.. kuan hwa’s my classmate at UMP. Very nice of him. Even though he’s busy, he always perform in tests and exams. Kinda our mandarin laoshi as well. Hehehe. By the way, yoroshuku onegaishimasu wahai pemilik blog!!

     
  4. writerdruid

    Mac 7, 2008 at 7:02 am

    Saudari Syafarah, lain kali tulislah menggunakan bahasa yang mudah difahami, bahasa umum. Bukan semua rakyat Malaysia memahami perkataan ini “yoroshuku onegaishimasu”. Apa pun, terima kasih kerana sudi singgah sebentar di blog saya!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: