RSS

Fenomena Sebelum Hari Peperiksaan

01 Feb

Alhamdulillah, tamat sudah dua ujian pada minggu ini dan berakhir juga penyeksaan saya bagi menghafal teori- teori yang patut dibaca.

Ujian pertama yang diadakan pada hari Rabu ialah Komunikasi Psikologi manakala kertas Komunikasi Interpersonal berlaku pada hari Khamis. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana seksanya menunggu habisnya kedua- dua kertas ini.

Bagaimana peperiksaan? Bolehlah jawab, untuk mendapat jawapan betul atau salah, itu perkara kedua. Yang penting, saya telah bertungkus- lumus menjawab peperiksaan tersebut. Yang sudah lepas, biarkan ia pergi.

Antara fenomena biasa yang dapat dilihat sebelum berlakunya peperiksaan, tidur lewat bagi mengulang kaji pelajaran di saat- saat terakhir. Entah berapa cawan kopi yang habis diminum, tidak tahulah.

Kedatangan pelajar ke kelas, jatuh mendadak. Yang tidak pernah langsung ponteng kelas, tiba- tiba hilang tanpa dapat dikesan.

Kalau pelajar yang datang ke kelas, guru mengajar di depan, pelajar pula sibuk membaca dan menghafal. Jasad di dalam kelas, fikiran terbang entah ke mana. Datang ke kelas semata- mata untuk memenuhi syarat sahaja.

Kalau tiada peperiksaan, masing- masing rancak berbual tentang pelbagai topik. Di musim ujian, senyap, sunyi sepi. Membaca nota- nota kecil seperti sedang membaca surah Yasin bagi orang yang mati.

Muka- muka yang selalu belajar pada saat terakhir, tiba- tiba pula mengajak untuk mengadakan study group. Sudah terhantuk, baru hendak tergadah.

Kadang- kadang semasa study group, ada pelajar yang sibuk mengumpat dan berbual sesuatu yang di luar subjek pembelajaran. Macam- macam ada.

Bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke perpustakaan, inilah masa yang terbaik untuk pergi.

Maklumlah, sibuk membuat sepkulasi soalan- soalan yang bakal keluar, meluangkan masa untuk study group dan mencari ketenangan untuk mengulang kaji pelajaran.

Waktu inilah juga pelajar- pelajar mula membodek guru/ pensyarah bagi mendapatkan markah lebih, hendak tahu soalan yang bakal muncul.

Ada juga pelajar yang sanggup tidak tidur bagi menghafal dan mengulang kaji pelajaran. Dahsyat orang sebegini… Saya pun tidak sanggup.

Kesemua ini adalah pemandangan dan fenomena biasa yang berlaku di mana- mana institusi pendidikan.

Ada sesetengah cara elok, ada juga yang kurang sesuai untuk diaplikasikan sebelum tibanya hari peperiksaan. Yang mana elok dan sesuai, lakukanlah supaya keputusan setimpal dengan usaha yang dicurahkan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 1, 2008 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: