RSS

Siratan Si Balachi dan Bos

01 Feb

Sewaktu saya sedang sibuk melihat gambar- gambar program yang saya pernah sertai dulu, tiba- tiba fikiran saya mengimbas kembali jerih- perih dan kenangan manis yang saya pernah alami dulu.

Antara banyak persatuan yang saya pernah sertai, kenangan semasa menjadi ahli Persatuan Perwakilan Kolej Ali (MRC Ali) masih lagi segar di dalam ingatan. Berada di dalam persatuan ini selama setahun sahaja.

Antara kenangan indah yang saya masih ingat ialah sewaktu kami sedang sibuk menyiapkan persiapan bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 48.

Kami bekerja dari selepas Maghrib dan ada juga di kalangan kami yang tidak tidur malam bagi menyiapkan tugasan ini.

Sebuah pertandingan telah diadakan di peringkat mahallah (kolej) bagi merebut gelaran hostel mana yang tercantik daripada perspektif kemerdekaan. Pada malam tersebut, saya tidur pukul 4 pagi dan akibatnya habis dua kelas saya ponteng.

Seorang lagi ahli juga sibuk menyiapkan tugasan ini sehingga beliau tidak pergi menduduki ujian bagi mendapatkan 10 markah. Ada juga ahli yang sekadar datang menjenguk dan kemudian pergi.

Yang seronoknya, usaha kami mendapat sokongan penuh daripada penasihat persatuan kami, Ustaz Fauzi Muda. Kalau di kampus kami sibuk menghias pejabat mahallah bagi memenangi pertandingan ini. Ustaz Fauzi juga sibuk di rumah beliau.

Sibuk menyiapkan pulut Hari Kemerdekaan ke- 48. Beliau sanggup bangun malam dan tidur lewat semata- mata bagi menyiapkan pulut yang dihiasi dengan warna bendera Malaysia.

Hasilnya, daripada 15 buah mahallah yang bertanding mahallah kami berjaya memenangi tempat ketiga. Pendapat saya, semua ini tidak akan berhasil tanpa kerjasama kuat daripada golongan atasan dan golongan pelajar.

Malah, penasihat persatuan kami juga turun padang untuk bersama- sama menolong meringankan beban kami. Beliau pernah memberikan duit RM50 sebagai insentif untuk kuat bekerja bagi persatuan.

Nah, ambil RM50 ni. Kau belilah apa- apa yang kau nak untuk persatuan ini,” kata beliau. Seronok, itulah perkataan yang saya boleh ungkapkan.

Ada sesetengah penasihat persatuan memberikan sokongan moral sahaja dan mengharapkan agar pelajar menyempurnakan semua tugasan persatuan.

Malah, ada sesetengah penasihat persatuan menganggap pelajar- pelajar ini sebagai kuli untuk dikerahkan. Kuli buat kerja penat- penat, biasanya orang atasan yang mendapat nama.

Kalau beginilah situasi yang terjadi, persatuan tersebut tidak akan ke mana- mana. Ahli persatuan juga seorang pelajar. Sudahlah mereka menghabiskan masa, tenaga dan duit bagi menjayakan sesuatu.

Tenaga, duit dan masa yang dicurahkan oleh golongan atasan kepada orang bawahan mampu menyuntik semangat ahli untuk bekerja lebih keras.

Seeloknya, golongan atasan patut turun padang dan meluangkan sedikit masa bersama ahli persatuan, bukan sekadar memerhati tetapi juga sedia memberikan pertolongan dalam pelbagai bentuk.

Tidak elok menganggap golongan bawahan sebagai balachi atau kuli. Kalau balachi ini tidak mahu membuat kerja, nama orang atasan juga yang akan buruk.        

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 1, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: