RSS

Cara Sebenar Layanan kepada Media

06 Feb

Minggu lepas, saya telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai sebuah forum anjuran pelajar kelas Praktikum yang mengambil pelajaran Perhubungan Awam di UIAM.

Pada asalnya, saya memang tidak mahu pergi. Pada hari yang sama program dijalankan, saya terpaksa menduduki ujian pertengahan semester yang membawa 30 markah. Malah, ujian dijalankan serentak dengan masa program tersebut.

Si pensyarah memberi syarat “You can cover the event but you have to sit for the replacement test. But I swear, the replacement test is going to be tougher than the normal test.”

Berbelah bagi pula. Akhirnya, saya pergi menduduki ujian seperti rakan sekelas yang lain. Namun, saya sudah berjanji dengan ahli jawatankuasa bahawa saya akan sampai lewat kerana sibuk menghadapi ujian.

Maklumbalas yang diterima? Alhamdulillah, mereka dapat memahami situasi saya. Program bermula pukul 2.30 petang, saya tiba di sana pukul 3.50 petang.

Terus- terang saya katakan, daripada penasihat sehinggalah kepada ahli jawatankuasa mereka semua melayan saya seolah- olah saya seorang VIP pula🙂

Kebanyakan ahli yang bertungkus- lumus untuk program tersebut adalah golongan Hawa. Dalam hati berkata, “Cantiknya mereka ini. Kalau mengantok mendengar forum, boleh cuci mata melihat mereka buat kerja. Hehehe :)” Nasib baik niat untuk buat kerja masih tidak tersasar.

Yang membuatkan saya rasa diri ini lebih dihargai, boleh dikatakan hampir semua committee untuk program ini mengenali saya, tahu nama dan tahu saya sedang menduduki ujian pada hari tersebut.

Pendapat saya, mereka ini memang layak digelar pelajar- pelajar Jurusan Komunikasi Media (Perhubungan Awam). Kalaulah mereka ini menjadi Pegawai Perhubungan Awam di mana- mana organisasi kelak, saya pasti mereka dapat melayan golongan media sebaik mungkin.

Antara tips untuk menjadi seorang Pegawai Perhubungan Awam yang cemerlang adalah beliau mestilah tahu menjalin hubungan baik dengan orang media, petah berbicara dan mempunyai banyak maklumat untuk pelbagai isu.

Seorang rakan saya di TV9 pernah berkongsi rasa duka dalam menjadi seorang wartawan. “Aku datang lewat ke sebuah program sebab aku baru sahaja balik daripada buat liputan program di tempat lain.”

Apabila beliau sampai sahaja di lokasi, warga kerja program hanya buat tidak tahu sahaja. Beliau terkebil- kebil seorang diri dan membuang masa hampir dua jam lamanya untuk membuat liputan.

Akhirnya, berita tentang program tersebut tidak tersiar di mana- mana kerana kekurangan maklumat daripada pihak penganjur.

Ada juga pihak yang berani memarahi atau membuat hal dengan media. Sungguhpun golongan seperti kami tertakluk di bawah beberapa akta dan peraturan, kami juga punya perasaan.

Silap layanan, tidak kena cara kami dilayan, belum tentu berita atau cerita saudara akan disiarkan. Mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Dengan pena inilah, seseorang itu punya kuasa utuk menjatuhkan atau menaikkan seseorang.

Apa pun, saya mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada ahli committee untuk forum “CSR atau CSI?” di atas kecemerlangan menjayakan program tersebut.

Kepada kamu semua, saya memohon maaf sekali lagi kerana lewat sampai dan terima kasih atas jemputan pada hari tersebut. Tahniah! 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 6, 2008 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: