RSS

Gejala Peribadi Songsang dari Mata Kumpulan UIAM

06 Feb

Kebiasaan di dalam kelas, saya seorang sahajalah yang rajin bertanya kepada pensyarah mengenai sebarang kemusykilan. Entah mengapa, tiba- tiba situasi sudah terbalik pula semalam.

Mempelajari tentang penampilan dan kesannya kepada daya komunikasi seseorang. Entah bagaimana, tiba- tiba pensyarah kami membuka satu topik perbincangan hangat dan “panas”, isu lelaki lembut.

Tiga puluh minit kami berbincang mengenai isu panas ini, lima orang pelajar tampil berkongsi pendapat dan pengalaman mereka.

Seorang pelajar yang pernah membuat penyelidikan ke atas golongan ini, merumuskan bahawa ada beberapa faktor yang mengakibatkan lelaki menjadi lelaki lembut.

Antaranya kejadian putus cinta yang dihadapi lelaki tersebut, peranan ibu bapa yang mencorakkan si anak kerana menginginkan anak perempuan dan ikutan kawan.

Kesemua cerita ini adalah berdasarkan daripada penceritaan semula oleh lelaki lembut. Seorang berkata kejadian beliau ditinggalkan kekasih mengakibatkan beliau terjerumus ke dalam dunia ini.

Beliau kemudian mencari kawan- kawan lelaki bagi mengadu masalah, namun jawapan yang diterima adalah hampa. Akhirnya, golongan lelaki lembut yang mengubati jiwa beliau. Lama- kelamaan, lelaki ini turut mengikuti jejak langkah rakan baru.

Ayah dan ibu yang mencorakkan anak- anak, ada sesetengah daripada mereka memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelaki mereka, membeli aksesori perempuan untuk anak lelaki mereka, melayan anak mereka seolah- olah anak mereka seorang perempuan.

Ajakan kawan, keingingan untuk mencuba sesuatu yang baru juga mendorong seorang lelaki untuk menjadi lembut. Pernah kita jumpa polis berkawan baik dengan perompak, ahli agama berkawan rapat dengan penyanyi dan pelbagai contoh yang berlawanan?

Tidak pernah bukan? Situasi yang sama berlaku ke atas golongan lelaki lembut ini. Mereka lebih meluangkan masa bersama lelaki- lelaki seperti mereka dan mereka kerap dilihat di dalam komplok wanita.

Salah satu ciri terpenting yang ditemui di kalangan lelaki lembut ialah mereka amat pandai untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada pengetahuan orang terdekat seperti kekasih dan keluarga mereka.

Ada individu yang boleh dan tidak kurang juga yang tidak boleh menerima golongan seperti ini untuk tinggal bersama di dalam masyarakat. Namun setelah dibincangkan secara panjang lebar, kami menemui satu kesimpulan.

Ada satu hadis berbunyi begini, “Nabi Muhammad SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”. Cukup jelas Nabi menegah, membawa pengertian bahawa golongan ini juga tidak diterima oleh Islam.

Seeloknya, mereka harus dibantu keluar, bukan disisihkan. Aktiviti lasak seperti terlibat dengan ilmu seni bela diri mempunyai potensi besar untuk membantu lelaki lembut kembali menjadi seorang lelaki normal.

Dibantu supaya kembali kepada pangkal jalan, mengikut fitrah semulajadi yang telah diciptakan Yang Maha Esa. “Penawar” yang disebutkan di atas, bukan sahaja merujuk kepada lelaki lembut, tetapi ia mencakupi kepada mak nyah, pengkid, tomboi, gay boy dan lesbian.   
 

 
7 Komen

Posted by di Februari 6, 2008 in Cerita Teman

 

7 responses to “Gejala Peribadi Songsang dari Mata Kumpulan UIAM

  1. anakkawi

    Februari 7, 2008 at 6:05 am

    Kadangkala, Pengaruh rakan sebaya itu amat berkuasa….

     
  2. Sean Dexter

    Februari 28, 2008 at 8:27 am

    Saudara, saya rasa sangat meluat bila tengok golongan “sotong” ni. Saya amat harap akan ada gerakan yang bergerak secara agresif yang menentang golongan ini hingga ke akar umbi.

    Saudara pengarang, saya sangat hairan dengan mereka ini. Saya pernah terfikir “Apa lagi yang diorang nak dalam dunia ni? Tidak cukup lagi ke Allah bagi nikmat hidup sebagai manusia yang berakal di muka bumi dan adakah mereka hendak mengundang bencana dengan perangai mereka sebegitu?”

    ANTI- PONDAN

     
    • fatin

      Februari 2, 2011 at 7:01 pm

      kenaper nak meluat plak diorang manusia sperti awak..
      jngn lah kerane nila setitik rosak susu sebelanga..hidup niy kener bkawan dengan semua orang taw..
      (@.@)

       
  3. rama-rana

    April 24, 2009 at 7:17 pm

    saya bukan ingin membela golongn ini..
    tetapi..
    saya rasa mereka ini tidak bersalah..
    mungkin ader segelintir yg mmg teruk..tapi jgn salah kan dan buruk kan semuanya..
    adakala nya mereka ini ingin b’gaul dan menyumbang sesuatu pada agama bangsa masyarakat..
    tapi mereka tidak d’beri peluang..
    contoh maktab perguruan yg menolak golongn ini..

     
    • fatin

      Februari 2, 2011 at 7:05 pm

      mmm,,bgos rama-rama..

      saye sokong awak!..x sala kan ader guru yg beperangai lembot ? selagi dyer x kacau kiter..dan diorang wat bek ngan kiter…?

       
  4. emy

    Oktober 16, 2009 at 12:19 pm

    menjadi lelaki lembot x salah..lembot diluar doest mean dalaman songsang

    the BIG ISSUE is LELAKI KERAS yg mempunyai nafsu songsang…

     
  5. fatin

    Februari 2, 2011 at 6:57 pm

    kdg2 saye rse kesian dengn lelaki lmbot ni..diorang selalu disisihkan oleh masyarakat..hina ker diorang?kpde sesiape yg anti lelaki lembot ni,jngnlah..diorang kan manusia jgak ..sbalik nyer kite wajib mendoakn diorg supaya berubah..diorang pon x nak jadi cm 2 kan??

    kpader lelaki lmbot yg ader kat luar sana…korang ubah lah perangai korang..korg kan lelaki ..so kenela kuat,,hehe..cber lah pg kaunseling ! INSYAALLAH mesti bejaye..AMIN,AMIN,AMIN

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: