RSS

Rancangan Cuti- Cuti UIAM

06 Feb

Tanyalah kepada pelajar- pelajar yang anda temui di UIAM, majoriti daripada mereka pasti akan berkata, “Tidak sabar hendak cuti lama.”

Walau apa kata- kata yang mereka keluarkan, intipati tidak jauh beza. Kami sudah tidak sabar hendak bercuti panjang, dapatlah cuti empat hari. Adik saya di Universiti Putra Malaysia sudah pun menikmati cuti sejak hari Sabtu yang lepas.

Ada setengah pelajar sudah pun berada di kampung halaman, dalam erti kata lain bertindak nekad untuk ponteng kelas.

Ada pelajar yang ponteng tetapi bagi alasan yang tidak munasabah seperti “Kawan- kawan semua dah balik. Malulah hendak pergi kelas seorang.” Hendak menuntut ilmu pun malu, tidak masuk akal betul.

Cuti empat hari kerana perayaan Tahun Baru Cina, itulah cuti pertengahan semester bagi kami yang berada di Taman Ilmu dan Budi ini. Hal ini mungkin terjadi kerana sudah terlalu banyak cuti. Mungkin…

Apa agaknya yang ingin dilakukan semasa cuti ini? Hendak meluangkan masa dengan keluarga, bermain kad dengan adik- adik, menolong ibu, berbual dengan nenek dan ibu- ibu saudara.

Assignment yang diterima juga boleh tahan banyak. Sudah hendak sampai ke penghujung semester, kerjanya pun berlipat kali ganda daripada biasa. Hantar assignment lain, melakukan kerja pembentangan lain pula.

Ada kursus membuat buku pada Sabtu (9 Februari 2008) dan Ahad (10 Februari 2008) ini, teringin juga untuk pergi ke sana. Hendak menambah ilmu, mempelajari sesuatu yang baru.

Membaca? Saya cubalah membaca seberapa banyak buku yang boleh dihabiskan. Tidak habis, kena bising dengan ibu pula. “Asyik- asyik beli buku, balik- balik beli buku. Habis, tidak juga.” Itulah bebelan yang sering berkumandang di rumah.

Menulis? Adalah sedikit berita yang saya terpaksa bawa balik untuk disiapkan di rumah. Kena siap cepat sebab seminggu dari sekarang wartawan dari luar ingin datang dan kumpul berita daripada saya.

Inilah checklist yang saya ingin lakukan sebelum cuti. Harap- harap semuanya terlaksana.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 6, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: