RSS

Menyumbang ke Arah Saham Akhirat

13 Feb

Sambil mendengar dua khutbah Jumaat, mata saya meliar melihat keadaan sekeliling Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

Lamunan saya terhenti apabila seorang hamba Allah menghulurkan kotak beroda bagi meminta wang untuk disumbangkan kepada tabung masjid.

Tidak kiralah pengemis yang meminta sedekah atau pihak masjid menyediakan tabung khas bagi tujuan meminta sumbangan orang ramai, terpulang kepada kita sama ada mahu menderma atau tidak. 

Menjadi kebiasaan di mana- mana masjid sekali pun, pemandangan meminta sedekah adalah suatu situasi yang normal.

Kesedaran saya timbul untuk bersedekah apabila melihat seorang kawan saya bersedekah kepada masjid yang berdekatan dengan rumah. Terasa malu sangat, berusia sebaya dengan saya, tetapi beliau mampu menyumbangkan sesuatu kepada rumah Allah.

Sejak hari tersebut, setiap hari Jumaat saya akan bersedekah kepada masjid. Lama- kelamaan, saya rasa tidak puas dengan apa yang saya berikan kepada masjid.

Kini, setiap kali solat fardhu di masjid saya tidak akan lokek untuk bersedekah. Tidak dapat RM1 untuk diberikan, saya tetap akan sedekahkan apa sahaja bagi mengisi tabung tersebut.

Sepanjang pengalaman saya mengamalkan amalan sebegini, alhamdulillah. Saya boleh katakan rezeki datang tanpa diduga. Rezeki yang saya terima tidaklah sampai ke tahap kaya dan mewah.

Namun ia cukup untuk membuat hati saya tenang dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah bangsa majmuk yang pemurah.

Namun saya lihat masih ada segelintir pelajar yang kedekut untuk menderma. Takut tiada duit untuk menampung pembelajaran? Duit betul cukup- cukup sehingga ke akhir semester?

Duit untuk membeli kad topup ada pula, duit untuk membeli pakaian baru dan menukar kepada telefon bimbit yang lebih canggih ada. Duit untuk meningkatkan “saham” di akhirat, tiada.

Seeloknya, seorang pelajar haruslah meletakkan sedikit jumlah daripada perbelanjaan seharian untuk simpanan dan membuat sumbangan. Simpanan untuk tujuan di masa depan manakala sumbangan bagi kegunaan di akhirat.

Ada orang kerja bermati- matian, tetapi mereka lupa untuk memberikan sedikit daripada hasil titik peluh mereka kepada orang yang lebih memerlukan.

Duit yang saya dapat hasil kerja menulis, sekali- sekala saya belanja keluarga dan kawan- kawan sebilik. Ada lebih, duit itu akan masuk ke dalam bank dan masuk ke tabung masjid.

Pendapat saya, merasai hasil titik peluh setelah berpenat- lelah memang seronok dan puas. Tetapi saya lebih merasai kepuasannya apabila rezeki tersebut dikongsi bersama orang lain.

Keceriaan, kegembiraan yang terpampang di wajah mereka, menimbulkan rasa kepuasan di hati saya. 
      

 
1 Komen

Posted by di Februari 13, 2008 in Kisah Hidup

 

One response to “Menyumbang ke Arah Saham Akhirat

  1. captbokkhari Mohamad

    Januari 1, 2010 at 4:24 pm

    salam,

    Orang kita kalau shopping habis beratus ringgit. Kalau RM50 pergi pasar apa sangat boleh beli?

    Kalau bab derma tabung masjid atau tabung bergerak semasa dengar khutbah, ada yang buat lena atau tak perasan tabung lalu depan pun tak nampak.

    Macamana umat Islam nak maju dan kaya macam yahudi dan nasrani. Kita kutuk yahudi habi-habisan… tapi perangai lebih teruk dari yahudi dan nasrani.

    Tengoklah rancangan Oprah. Dia derma berbillion-billion. Bantu orang susah. Tak pakai Cheque besar macam “manila card”.

    Renung-renunglah wahai Orang Islam. Panggil TV3 baru ada yang nak derma.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: