RSS

Ke Mana Hilangnya Amanah di dalam Kerjaya?

14 Feb

Sewaktu saya sedang menunggu makanan di sebuah kafe di UIAM, sebuah drama pergaduhan antara seorang makcik berusia separuh abad, Puan Sufiah (bukan nama sebenar) dan makcik berumur linkungan 40- an, Puan Rosnah (bukan nama sebenar) tercetus.

Pergaduhan tersebut berlaku di depan pelanggan- pelanggan yang turut berada di situ. Walaupun ia terjadi di dalam dapur kafeteria tersebut, suara jeritan dan makian turut kedengaran sehingga ke luar.

Tidak kiralah siapa yang salah di dalam perbalahan ini, namun saya berjaya mendapat sedikit maklumat dan pengajaran daripada cerita ini.

Antara peraturan yang mesti diaplikasikan di kafe ini adalah setiap sejam, orang yang menjaga kaunter mesti merekodkan jumlah duit yang mereka terima. Selama lima bulan Puan Rosnah bekerja, beliau tidak pernah melakukan perkara ini.

Kalau sebelum beliau masuk bekerja, kafe ini mampu mencatatkan keuntungan sebanyak RM1000 di siang hari. Setelah Puan Rosnah bekerja, keuntungan telah berkurangan sehingga RM700 sehari.

Kerja sebagai seorang tauke makanan, sudah tentu saudara mempunyai rekod sendiri bagi mengelak daripada ditipu pelanggan atau pekerja.

Apabila rekod duit masuk dan keluar tidak seimbang dengan kuantiti makanan yang terjual, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena di sini. Dan Puan Sufiah mendakwa Puan Rosnah mencuri. 

Sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tidak semua orang yang melakukan kesalahan akan mengaku kesilapan mereka.

Kita mesti amanah dalam menjalankan sesuatu. Sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri, amanah mesti dijaga.

Semasa Nabi Isa melewati sebuah tanah perkuburan, baginda terdengar suara seorang pencari kayu api menjerit meminta pertolongan kerana diseksa selama 70 tahun atas kesilapan mencuri sedikit kayu api yang ingin dijual bagi dijadikan pencungkil gigi.

Kesalahan mencuri sesuatu di dalam organisasi pekerjaan, memang jelas kelihatan. Namun sesetengah daripada kita tidak sedar bahawa kita juga kadang kala mencuri masa sewaktu bekerja bagi menyiapkan kerja peribadi.

Contoh yang paling mudah, saudara dibayar untuk bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Namun, pukul 9.30 pagi masih lagi melepak di kedai kopi bersama teman sepejabat. Ada juga yang sempat mencuri tulang sewaktu bekerja  

Kalau sudah habis waktu bekerja, tidak sabar- sabar hendak pulang ke rumah. Tetapi hasil kerja yang diberikan tidak sampai ke tahap efisien. Bukankah ini namanya mencuri?

Dibayar tetapi tenaga yang dicurahkan tidak sepadan seperti apa yang termaktub di dalam peraturan syarikat.

Perkara ini nampak remeh tetapi tidak semua orang mampu melakukan seperti apa yang pernah mereka janjikan, tidak boleh menepati kehendak syarikat, tidak menjalankan seperti apa yang disuruh agama. 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 14, 2008 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: