RSS

Perancangan Daripada Ceramah di Sidang Redaksi Universiti

22 Feb

Tanggal 20 Februari 2008, kali pertama dalam hidup saya dijemput memberikan talk. Kalau memberikan pembentangan secara percuma di dalam kelas, setiap semester saya akan terlibat.

Semuanya bermula apabila saya memberikan komen terhadap sebuah organisasi percetakan yang menerbitkan laporan berkala (newsletter) bagi bacaan umum. Saya hanya memberikan teguran biasa dan cadangan- cadangan yang membina.

Gatal pula menawarkan pertolongan kepada mereka. Akhirnya kena bagi ceramah kepada lapan orang wanita yang terdiri daripada editor, pencari berita, jurukamera dan pereka grafik.

Tujuan saya ke sana memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat berita, menunjukkan cara- cara yang tepat bagi menghasilkan newsletter.      

Kesemua mereka ini masih lagi pelajar dan membuat newsletter merupakan salah satu aktiviti bulanan bagi persatuan mereka. Isi sudah kemas, cuma perlu pembaikan sedikit sahaja lagi.

Terasa sedikit kekok, maklumlah tidak pernah menyampaikan ceramah. Kalau lebih daripada lapan orang, mungkin badan saya sudah berpeluh- peluh dan pergi ke tandas berkali- kali sebelum bermulanya pembentangan.

Pada awal- awal, saya harap ada seorang atau tiga orang lelaki yang turut serta di dalam program ini. Hakikat yang saya terpaksa terima, amat payah untuk golongan Adam untuk melakukan kerja- kerja penulisan.

Di dalam penerbitan rakan saya ini, ada 15 orang kesemuanya. Hanya seorang sahaja lelaki. Ketika memandang wajah- wajah mereka yang hadir, saya tetapkan di dalam hati, “Kau datang untuk mengajar, bukan untuk mencuci mata Aliff.”
 
Seronok dapat bagi ceramah kepada mereka yang sudi mendengar, seara tidak langsung ia menaikkan lagi semangat kita untuk mengajar mereka. Semasa sesi pengajaran, saya nampak sedikit sebanyak kesilapan saya.

Sempat juga senaraikan semua kelemahan semasa pembentangan, kekurangan inilah yang saya akan perbaiki supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang kembali.

Rakan saya berkata InsyaAllah sesi kedua pengajaran akan dijalankan cuma tidak tahu bilakah tarikh tersebut. Harap- harap kesemua mereka mendapat manfaat daripada apa yang saya ajar semalam

Apa yang saya nampak, kalau saya buat kerja ini sebaik mungkin, tidak mustahil suatu hari nanti saya akan dijemput untuk memberikan ceramah, mengajar di luar pula. Sekarang saya lakukan kerja ini secara sukarela.

Mungkin suatu hari nanti saya boleh membuat duit dengan memberikan ceramah dan mengajar pelbagai orang tentang subjek yang sama; bagaimana ingin menulis berita dan menghasilkan percetakan bagi sesebuah organisasi.

Ini adalah rancangan, yang saya sedang usahakan supaya ia menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah…

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 22, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: