RSS

Kerja Extra? Malaslah!

28 Feb

Hari ini dan semalam, Pejabat Perhubungan Awam UIAM (PRO IIUM) legang, tiada seorang pun pegawai dan pembantu tadbir. Yang tinggal hanyalah empat orang pekerja separuh masa dan Tuan Pengarah. Ke mana mereka menghilang?

Kesemua mereka telah pergi menghadiri kursus dua hari di Perangsang Templer Golf Club, Rawang. Apa perasaan saya sekarang ini?

Seronok dan hati terdetik berkata, “Kalaulah hari- hari office kosong macam sekarang ni, kan best. Hehehe.”

Gaji saya dibayar mengikut bilangan artikel berita yang saya hantar. Lagi banyak program di dalam universiti, lagi banyak berita kena buat maka lagi banyak gaji yang akan saya terima.

Namun, bukan setiap hari ada program di dalam kampus dan tidak semua program saya boleh masuk dan membuat liputan berita.

Jadi, kalau ada masa lapang bolehlah menumpang komputer sesiapa dan melayari Internet.

Sedang saya sibuk memuat turun kertas ujian pada tahun- tahun lepas, lamunan saya tersentak dengan kehadiran dua orang pelajar antarabangsa.

Kedua- dua mereka bertanyakan di mana tempat untuk mendaftar sebagai pelajar pasca ijazah. Nasib baik saya tahu di mana kedudukan sebenar pusat tersebut, jadi tiada masalah.

Bagi saya, walaupun tugas saya hanya menulis berita bagi PRO IIUM tetapi saya rasa setiap daripada kita mesti bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melakukan tugas di luar spesifikasi pekerjaan kita.

Di saat- saat kecemasan seperti ketiadaan pegawai di pejabat, kita haruslah bersedia. 

Dalam erti kata lain, kita mesti bersedia untuk bekerja lebih walaupun kita tidak dibayar atas pekerjaan tersebut. Teringat satu kata pujangga berbunyi begini, Give MORE than you PROMISE.”

Pendek tapi dalam maknanya. Sudah lebih setahun saya kerja di PRO IIUM. Kadang- kadang ada sahaja kerja di luar bidang tugas namun saya lakukannya secara sukarela.

Teringat lagi malam sebelum program UIAM menyambut ulang tahunnya yang ke- 25 tahun.

Saya pulang ke hostel hanya untuk menyiapkan assignment dengan kawan- kawan, kemudian kembali semula ke PRO IIUM bagi menyiapkan persiapan untuk hari esok. Malam tersebut saya pulang pukul 2 pagi ke bilik.

Saya tidak mendapat apa- apa bayaran kerana menolong staf PRO sehingga lewat malam, tetapi saya memikirkan mungkin suatu hari, mereka pula akan menolong saya.

Kata- kata ibu yang saya pegang sehingga hari ini, “Buatlah baik dengan semua orang.”

Ada sesetengah daripada kita berkira apabila melakukan sesuatu. Harus diingatkan, rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk duit sahaja. Manusia tidak memberikan, Tuhan pasti akan membalas.

Yang penting, janganlah kita melakukan sesuatu kerja yang berlebihan itu sehingga melebihi batas kemampuan kita sendiri. Jangan berat tulang untuk menolong organisasi tempat kita bekerja.

Kemajuan sesebuah syarikat itu terletak juga di atas kecemerlangan staf di dalam organisasi itu.   

 
1 Komen

Posted by di Februari 28, 2008 in Dari Kamar Office

 

One response to “Kerja Extra? Malaslah!

  1. Zamri Mohamad

    Mac 3, 2008 at 10:04 am

    Saudara jangan terlalu selesa dengan kerja tersebut. Saudara ada potensi, tetapi jangan terperangkap dengan kejayaan jangka pendek. Sudah masa saudara melangkah jauh lagi dan mengambil calculated risk.

    Cerita kualiti news PR sudah ‘panas’ kembali. Saya doakan saudara tidak tercalit sama dengan cerita itu.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: