RSS

Monthly Archives: Mac 2008

Tempoh Kuarantin Penulis Bermula!

 Sudah seminggu lamanya saya tidak mengemaskini blog ini. Mungkin ada di antara saudara ternanti- nanti pos apakah yang akan saya siarkan selepas ini. Namun, jutaan kemaafan saya pinta daripada setiap pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon maaf kerana bermula pada tarikh pos ini ditulis sehingga 8 haribulan April 2008, blog ini tidak dapat dikemaskini dengan apa- apa cerita yang baru.

Bukan saya tidak ingin meletakkan apa- apa cerita, buakn sebab ketandusan cerita- cerita menarik, namun saya sedang sibuk menyiapkan kerja- kerja yang diberikan pensyarah- pensyarah dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi ujian akhir semester ini.

Di UIAM, minggu ini merupakan minggu terakhir bagi sesi pembelajaran. Ada juga pensyarah yang sudah pun menghabiskan kelas pada minggu lepas.

Apa pun, ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana sudi mengunjungi blog ini dan saya harap saudara dapat bersabar menunggu cerita- cerita baru yang saya akan paparkan selepas 8 April 2008.

Sehingga di lain masa, InsyaAllah kita akan bertemu lagi di ruangan ini. Wassalam…

 

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di Mac 16, 2008 in Kisah Hidup

 

Kualiti Kejayaan: Di Mana Puncanya?

Hari ini merupakan Hari Kualiti di UIAM, maka pejabat pentadbiran hanya dibuka setengah hari sahaja.

Setelah solat Jumaat, pejabat semua ditutup. Sebelum solat Jumaat, ada warga kerja yang sudah “ghaib” entah ke mana.

Ada sesetengah warga UIAM yang tidak tahu hari ini Hari Kualiti 2008, pulang dengan wajah yang hampa setelah tiba di lokasi yang ingin dituju. Apa itu Hari Kualiti? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 7, 2008 in Kisah Hidup

 

Siapa Salah? Pelanggan atau Peniaga?

Bagi setiap perniagaan yang dijalankan, pelanggan merupakan aset penting yang berharga kepada syarikat. Kepentingan mereka harus diutamakan sehingga wujudnya sebuah bidalan “Customer is Always Right”.

Boleh dikatakan setiap organisasi syarikat memperuntukan suatu jumlah yang besar bagi menerapkan ilmu- ilmu bagaimana menjaga hati pelanggan.

Kadang- kadang, masalah yang wujud di dalam sesebuah perniagaan ialah sama ada pelanggan akan membawa masalah atau masalah tersebut berpunca daripada staf di dalam organisasi tersebut.

Saya mampu mengingati beberapa peristiwa yang berkaitan dengan masalah yang berpunca daripada staf dan sebuah kes mengenai pelanggan yang bermasalah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 6, 2008 in Kisah Hidup