RSS

Kualiti Kejayaan: Di Mana Puncanya?

07 Mar

Hari ini merupakan Hari Kualiti di UIAM, maka pejabat pentadbiran hanya dibuka setengah hari sahaja.

Setelah solat Jumaat, pejabat semua ditutup. Sebelum solat Jumaat, ada warga kerja yang sudah “ghaib” entah ke mana.

Ada sesetengah warga UIAM yang tidak tahu hari ini Hari Kualiti 2008, pulang dengan wajah yang hampa setelah tiba di lokasi yang ingin dituju. Apa itu Hari Kualiti?

Hari Kualiti merupakan hari di mana pihak pentadbiran UIAM menghargai kerja- kerja keras dan pencapaian staf, golongan akademik dan bukan akademik. Pada hari ini juga, Rektor UIAM membentangkan laporan dan perancangan di masa depan.

Tujuannya adalah untuk memberikan kualiti terbaik kepada staf, pelajar dan pelanggan UIAM di samping meningkatkan servis dari semasa ke semasa.

Seronok melihat wajah- wajah pemenang, naik atas pentas, terima sijil dan trofi. Di dalam kepala, mulalah pasang angan- angan bila hendak jadi seperti mereka. Tidak salah berangan, cuma ia perlu diusahakan supaya mimpi itu menjadi realiti.

Harapan, kalau penghargaan sudah diberikan janganlah pula penghargaan itu akan menjadi permulaan bagi kejatuhan saudara.

Bukan apa, saya teringat peristiwa yang terjadi semasa saya berada di Tingkatan Empat. Semuanya gara- gara kesilapan saya yang leka dengan keputusan PMR pada tahun sebelumnya. Hendak kata dapat semua gred A, tidak juga.

Saya bergelar pengawas sekolah semasa berada di Tingkatan Empat (Cikgu mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, Puan Julilah menggelar saya Pengganas Sekolah). Tetapi perangai saya ketika itu, seolah- olah tidak mencerminkan yang saya ini seorang pengawas.

Dengan keputusan PMR yang lebih tinggi sedikit daripada rakan- rakan lain dan dilantik pula oleh guru kelas untuk menjadi pengawas, saya leka. Pelajaran pun, saya tidak ambil berat seperti sewaktu berada di Tingkatan Tiga.

Sentimental “honeymoon year” memang melekat kuat di kepala saya ketika itu. Sehinggakan hampir sebulan lamanya saya ponteng. Ke mana saya tuju? Dari awal pagi sehingga tengah hari, sama ada minum di warung mamak dan kemudian membazirkan duit di kafe siber. 
 
Akibatnya, pada tahun itu keputusan akademik saya memang jatuh menjunam. Teruk juga kena “sembur” dengan ibu ketika itu. Pada tahun berikutnya, saya tanam azam supaya peristiwa sama tidak akan lagi tercatit di dalam kamus hidup.

Ada orang menggunakan kejayaan sebagai rujukan bagi meningkatkan lagi prestasi dan kejayaan mereka. Ada orang, menggunakan kekalahan sebagai platform untuk bergerak maju ke hadapan.

Saya rasa, saya berada di tempat kedua. Agaknya, saudara di mana?
 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 7, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: