RSS

Monthly Archives: April 2008

Keluh- Kesah Si Baby- Sitter

Baru- baru ini, ibu baru sahaja berlepas mengerjakan umrah bersama- sama nenek. Boleh dikatakan setiap tahun mereka terbang ke sana. Ada rezeki dan jemputan Tuhan, InsyaAllah tiada masalah untuk ke sana.

Mereka berlepas pada 16 April yakni pada Rabu lepas dijangka tiba di Malaysia pada 1 Mei minggu hadapan. Adik- adik tidak sabar menunggu barangan apa yang mereka bawa pulang.

Mungkin kurma, gula- gula, manisan, baju, gelang… Apa pun, saya cuma harap mereka selamat sampai.

Ibu berusia 48 tahun, nenek pula sudah berumur separuh abad. Sudah tentu kudrat mereka berkurangan untuk membeli- belah barang yang banyak bagi dibawa pulang.

Beberapa orang kenalan rapat sempat memberikan doa kepada ibu bagi dibacakan di hadapan Kaabah.

Sepanjang ketiadaan ibu, saya telah mengambilalih kerja ibu menghantar tiga orang kanak- kanak riang ke taska dan membawa mereka pulang. Saya juga yang mengurus kebajikan adik- adik di rumah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 22, 2008 in Kisah Hidup

 

Suasana di Pesta Buku 2008

Kalau sudah namanya suka, kita sanggup bersusah- payah bagi mendapatkan sesuatu. Kalau kita suka makan ikan, setiap hari kita dihidangkan dengan makanan ikan yang disediakan dalam pelbagai jenis lauk pun akan membuat kita tidak jemu memakannya.

Itulah yang terjadi kepada saya. Namun, cerita ini tiada kaitan dengan makanan atau ikan. Sebaliknya buat pertama kali di dalam hidup, saya pergi ke Pesta Buku sebanyak dua kali. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di April 21, 2008 in Kisah Hidup

 

Sekapur Sireh

Apa khabar saudara? Moga berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester baru sahaja tamat. Rasa lega yang teramat sangat.

 

Ada masa tiga minggu untuk bercuti, namun pengisian masa percutian ini hanya boleh digunakan untuk menjaga adik- adik di rumah kerana ibu hendak pergi mengerjakan umrah.

 

Sepanjang tempoh saya tidak mengemas kini blog ini, saya terima mesej daripada beberapa rakan bertanya bila hendak mengemas kini halaman blog ini. Apa yang saya mampu katakan ialah bersabar, tunggu sekejap.

 

Kini, tempoh kuarantin sudah pun tamat. Selama saya tidak menulis, saya sempat membuat senarai cerita- cerita yang ingin dikongsi bersama pembaca blog ini. Dalam erti kata lain, saya tidaklah pergi bercuti dan goyang kaki sahaja.

 

Ada cerita manis dan pahit yang terselit pengajaran tersirat bagi dikongsi bersama- sama. Terdapat 10 buah cerita, harap- harap saudara sudi meluangkan sedikit masa membaca entri- entri yang saya sudah poskan di bawah.

 

Selamat membaca!

 

  

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Blues Untuk Aku…

Terasa suasana pada semester ini sedikit berbeza dengan suasana pada semester- semester lepas.Entah mengapa saya rasa begini…

 

Mungkin saya baru sahaja bergelar pelajar tahun ketiga, munkin teman- teman sekelas semuanya akan berlalu dan bertugas di dalam dunia pekerjaan, kebanyakan teman- teman sebaya pula tidak memilih jurusan yang sama seperti saya…

 

Malah rakan sebilik juga akan pergi dan menyambung pengajian pada Semester 1, mungkin sedikit payah untuk bersua muka. Ditambah pula kami berasal daripada jurusan yang berbeza.

 

Rata- rata rakan yang sudah hendak menamatkan pengajian sudah tidak sabar- sabar hendak bekerja. Saya rasa sedikit sedih apabila dikira masa yang tinggal di dalam Taman Ilmu dan Budi hanya tinggal setahun setengah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

10 hari 9 malam

Berikut adalah tarikh- tarikh peperiksaan yang saya telah selamat menempuh; bermula pada tanggal 19 Mac, bersambung pula pada 23, 25 dan 26 di dalam bulan yang sama. Kemudian, dapatlah berehat selama 10 hari.

 

Peperiksaan saya kemudian diteruskan pada 6 dan 7 haribulan April 2008. Saya tidak tahu mengapa, peperiksaan bagi pelajar aliran Sastera biasanya akan menduduki ujian pada minggu- minggu terakhir peperiksaan.

 

Lihat contoh pada diri saya. Terpaksa “honeymoon” di rumah selama 10 hari bagi menunggu kertas ujian seterusnya. Seronok ke? Hanya Tuhan yang tahu betapa bosannya menanti ujian untuk satu jangka masa yang lama.

 

Seorang rakan berkata, “Cuti lama- lama, result mesti gempak.” Saya hanya tersenyum dan membalas kadang- kadang cuti yang terlalu lama hanya membuat kita semakin malas dan kemahiran yang ada kalau ditinggalkan terlalu lama akan “tumpul” kalau tidak praktis. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Coretan Pelajar

 

Pengalaman Sakit di Musim Peperiksaan

Sehingga kini, batuk saya masih tidak hilang- hilang. Kalau campur pada hari ini, sudah 17 hari saya menanggung penyakit ini.

 

Batuk dan hidung berhingus tiba- tiba datang selepas saya menjawab ujian pada 23 haribulan Mac 2008. Badan mula panas, setiap beberapa minit berlari ke tandas membuang hingus.

 

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya terkena penyakit sewaktu musim peperiksaan. Sedikit sebanyak, penyakit ini turut menganggu tumpuan saya ketika menghadapi peperiksaan.

 

Dan untuk pertama kali di dalam hidup, saya tidak pernah mengalami batuk sebegini lama. Entah apa dosa yang saya telah lakukan sehingga begini lama sakit, mungkin ada salah di mana- mana…

 

Di dalam kepala, saya cuma berfikir samada ini hukuman Tuhan ataupun Tuhan ingin mencuci dosa saya. Wallahualam… Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Pesta Buku 2008: Lain Jadi!

Bagi saudara yang belum lagi pergi ke Pesta Buku 2008 yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), saya sarankan saudara cepat pergi ke sana. Rugi kalau tidak pergi, memang rambang mata saya dibuatnya.

 

Pada Jumaat lepas, saya telah pergi ke sana. Pergi ke sana pada hari pertama pesta tersebut berlangsung, memang bersemangat.

 

Lain yang saya rancang, lain pula terjadi. Saya meletakkan sasaran, pada hari pertama memang tiada orang di sana, buku- buku pun mestilah banyak kerana masih tidak banyak pembeli. Biasanya, ada hadiah menanti bagi pengunjung yang baru sampai.

 

Ini antara sebab- sebab mengapa saya mengunjungi pesta tersebut pada hari pertama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup