RSS

10 hari 9 malam

09 Apr

Berikut adalah tarikh- tarikh peperiksaan yang saya telah selamat menempuh; bermula pada tanggal 19 Mac, bersambung pula pada 23, 25 dan 26 di dalam bulan yang sama. Kemudian, dapatlah berehat selama 10 hari.

 

Peperiksaan saya kemudian diteruskan pada 6 dan 7 haribulan April 2008. Saya tidak tahu mengapa, peperiksaan bagi pelajar aliran Sastera biasanya akan menduduki ujian pada minggu- minggu terakhir peperiksaan.

 

Lihat contoh pada diri saya. Terpaksa “honeymoon” di rumah selama 10 hari bagi menunggu kertas ujian seterusnya. Seronok ke? Hanya Tuhan yang tahu betapa bosannya menanti ujian untuk satu jangka masa yang lama.

 

Seorang rakan berkata, “Cuti lama- lama, result mesti gempak.” Saya hanya tersenyum dan membalas kadang- kadang cuti yang terlalu lama hanya membuat kita semakin malas dan kemahiran yang ada kalau ditinggalkan terlalu lama akan “tumpul” kalau tidak praktis.

 

Selama 10 hari ini, saya terasa sangat malas untuk bekerja, menghafal nota- nota, untuk menulis. Dalam pemikiran saya ketika itu, rasa seperti sudah bebas daripada belenggu peperiksaan.

 

Ibu turut meminta menyiapkan beberapa tugasan untuk kegunaan taska beliau, di samping membuat sedikit kerja rumah. Main game jangan cakaplah… Apabila adik- adik sudah pergi ke sekolah, barulah saya main game.

 

Ibu mengharamkan saya bermain ketika adik- adik berada di rumah, takut mereka terpengaruh pula. Beliau berkata kalau saya balik, mesti adik- adik akan leka menghadap komputer riba saya.

 

Kalau sakit, ada ubatnya. Kalau malas, tiada ubatnya melainkan saudara benar- benar berdisplin bagi mencapai matlamat tersendiri.

 

Suasana persekitaran turut memainkan peranan penting di dalam pembentukan disiplin seseorang. Saya sudah banyak kali dengar ayat ini, “Kalau duduk di rumah, jangan haraplah dapat belajar.”

 

Beberapa orang rakan yang tinggal berdekatan dengan kampus Gombak, tidak sanggup tinggal di rumah kerana takut tidak boleh belajar.

 

Entah mengapa, tiba- tiba saya terfikir bagaimana pula pelajar yang sudah bernikah dan mempunyai anak sendiri. Bagaimana mereka belajar, membahagikan masa sebagai seorang pelajar dan seorang ibu atau seorang ayah…

 

Seorang rakan sekelas saya berusia 20 tahun, sudah pun mempunyai seorang anak dan kini sedang mengandung lima bulan. Bagaimana beliau belajar? Tidak mengapa, suatu hari saya akan bertanya kepada mereka, hehehe.

 

Walau di mana jua, bekerja atau belajar, disiplin sememangnya penting di dalam menentukan jatuh dan bangun seseorang!

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: