RSS

Aliff, Si Perosak- Ibu

09 Apr

Semasa saya berada di zaman kanak- kanak, arwah ayah selalu meminjam video daripada rakan- rakan beliau. Biasanya,video- video tersebut adalah cerita- cerita kartun. Maklumlah, nama pun budak- budak.

 

Kadang- kadang arwah ayah akan meminjam video cetak rompak yang mengandungi filem- filem yang sedang hangat di pawagam.

 

Setelah arwah ayah meninggal dunia, sudah tiada lagi video yang dapat kami tonton melainkan kalau ibu saudara kami rajin membeli video cetak rompak di pasar malam.

 

Itu cerita yang sudah lama berlalu. Kini, sayalah orang yang rajin memuat turun video, komik dan lagu untuk adik- adik. Permainan komputer tidak terkecuali, sayalah juga yang rajin membawa balik permainan- permainan baru.

 

Apabila saya pulang ke rumah, soalan pertama yang mereka akan tanya ialah perkembangan komik Naruto yang terbaru, filem apa yang saya bawa balik, lagu apa yang saya ada.    

 

Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka tatkala saya memberitahu saya mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi, membuat saya tersenyum dan puas. Ibu berkata saya menyerupai arwah ayah, “pengedar” video, lagu dan komik.

 

Agaknya mereka leka dengan semua ini, pelajaran adik- adik sedikit sebanyak merosot. Ibu memanggil saya Perosak dan menyalahkan saya kerana membawa pulang benda- benda seumpama itu.

 

Akibatnya, saya menjadi serba salah. Antara mematuhi arahan ibu atau memenuhi kemahuan adik- adik. Hati ibu mana yang tidak lemah apabila melihat kerenah anak- anak.

 

Agaknya ibu melihat saya mampu menggembirakan adik- adik dengan bahan- bahan sebegitu, akhirnya ibu mengalah tetapi beliau mengalah dengan meninggalkan satu syarat.

 

Beliau berkata, “Kalau awak hendak bagi semua benda ni kat adik- adik, boleh. Tapi kena make sure diorang dah belajar and siap kerja sekolah dulu. Tak siap, tiada siapa yang dibenarkan.”

 

Kesimpulannya, sebagai seorang abang atau seorang kakak, kita tidak boleh mengalah kepada adik- adik. Permintaan orang yang lebih tua patut diutamakan dahulu. Kalau tidak boleh, eloklah masalah itu dirunding bersama bagi mencari kata sepakat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: