RSS

Blues Untuk Aku…

09 Apr

Terasa suasana pada semester ini sedikit berbeza dengan suasana pada semester- semester lepas.Entah mengapa saya rasa begini…

 

Mungkin saya baru sahaja bergelar pelajar tahun ketiga, munkin teman- teman sekelas semuanya akan berlalu dan bertugas di dalam dunia pekerjaan, kebanyakan teman- teman sebaya pula tidak memilih jurusan yang sama seperti saya…

 

Malah rakan sebilik juga akan pergi dan menyambung pengajian pada Semester 1, mungkin sedikit payah untuk bersua muka. Ditambah pula kami berasal daripada jurusan yang berbeza.

 

Rata- rata rakan yang sudah hendak menamatkan pengajian sudah tidak sabar- sabar hendak bekerja. Saya rasa sedikit sedih apabila dikira masa yang tinggal di dalam Taman Ilmu dan Budi hanya tinggal setahun setengah.

 

Adakah kerana saya bekerja dan menyumbang sesuatu kepada universiti ini, membuatkan perasaan sedih ini menyelubungi diri? Entah, saya tidak mempunyai jawapan itu.

 

Sebelum semester ini berakhir, saya sempat meluangkan masa bersama rakan- rakan sebilik dan beberapa rakan sekelas, makan, berbual dan berjalan- jalan dengan mereka.

 

Hati saya terdetik berkata, “Agaknya bila lagi aku dapat berjumpa dengan kamu semua? Bila lagi kita dapat merasa saat- saat manis sebegini, wahai rakan?”

 

Apa yan tinggal selepas ini, kenangan dan memori pahit manis kita berada bersama. Entri ini saya tujukan kepada semua rakan- rakan yang sedang menunggu masa untuk menghabiskan pembelajaran di UIAM.

 

Shakur, Wan, Ghafur, Wani, Sofia, Sarah; hendak namakan semua memang panjang. Kepada mereka yang saya tidak dapat sebutkan di ruang ini, minta maaf. Terima kasih kepada kalian dan harap kita akan bertemu dan bekerjasama lagi pada masa akan datang.

 

Jaga diri masing- masing! Jangan lupa saya pula di sini!  

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: