RSS

Coretan Dari Masjid Al- Muttaqin

09 Apr

Biasanya pada hari Jumaat, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (Masjid SHAS) di UIAM akan menjadi tempat untuk saya solat Jumaat. Kalau saya berada di rumah, Masjid Al- Mujahhideen di Damansara Utama akan menjadi tempat saya solat Jumaat.

 

Pada 21 Mac 2008, saya keluar bersama Wani dan Sofia mencari tempat bagi mencetak assignment membuat majalah. Janji pada pukul 10.30 pagi, tapi kami bergerak pukul 11.30 pagi.

 

Pergi mencari tempat yang sesuai, akhirnya jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Masa untuk solat Jumaat sudah kian menjengah, maka mereka pun meninggalkan saya di sebuah masjid yang terletak di Wangsa Melawati.

 

Kali ini, saya telah bersolat di Masjid Al- Muttaqin. Tidaklah besar mana masjid ini, keluasannya ibarat suku daripada keluasan Masjid SHAS. Namun, ia mempunyai satu ciri yang tiada pada Masjid SHAS.   

 

Masjid ini mempunyai sebuah skrin besar seperti yang terdapat di gerai- gerai mamak. Setiap isi yang dikeluarkan oleh si khatib akan dipaparkan pada skrin tersebut.

 

Apa yang menarik, isi- isi tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk peta minda dan dihiasi dengan pelbagai warna.

 

Kajian yang pernah dilakukan menunjukkan manusia lebih mudah mengingati sesuatu menerusi apa yang dilihat berbanding apa yang didengar. Warna juga turut membantu di dalam proses mengingati sesuatu.

 

Saya boleh katakan, setiap isi yang dilontarkan oleh si khatib semuanya ditunjukkan satu demi satu pada skrin tersebut. Secara tidak langsung, ini mampu membangkitkan minat para jemaah untuk mendengar daripada tidur.

 

Hakikatnya, saya masih nampak segelintir warga masjid pada hari tersebut tidur sewaktu khutbah dibacakan. Samada isi khutbah membosankan atau mungkin mereka kepenatan sehingga tertidur semasa khutbah dibacakan, wallahualam.

 

Mungkin, kita patut mempraktikkan apa yang sudah dilakukan oleh saudara Muslim minoriti di negara Britain. Walaupun bilangan mereka tidak seramai penduduk Islam di Malaysia, penyampaian khutbah mereka sedikit berlainan dengan kita.

 

Di Britain, si khatib mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat peribadi, menyampaikan permasalahan masyarakat kepada orang awam, dalam erti kata lain mereka mempunyai kebebasan bersuara tetapi berlandaskan pada batas- batas tertentu.

 

Di Malaysia, sebelum sang khatib menyampaikan khutbah, mereka harus menyiapkan teks yang panjang dan belum tentu dapat menarik perhatian orang untuk mendengar, kemudian teks ini akan diberi kepada orang atasan untuk mendapat keizinan berkhutbah.

 

Kalau tidak kena, khutbah tersebut akan diperbetulkan supaya menepati ciri- ciri khutbah yang mereka mahukan. Kebaikan daripada proses ini ialah ia mampu mengelakkan sang khatib daripada membangkitkan isu- isu sensitif.

 

Keburukannya, orang ramai bosan mendengar khutbah yang stereotaip dan khutbah sebegini biasanya tidak mempunyai sebarang penghayatan. Kalau tiada penghayatan, ia diumpamakan seperti mencurahkan air ke daun keladi.

 

 

 

 

 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: