RSS

Justifikasi Sebuah Reshuffle

09 Apr

 Kalau di hostel saya, setelah setahun saudara tinggal di dalam kolej saudara diarahkan untuk mengosongkan bilik dan larangan keras kepada semua warga kolej untuk tidak menetap di dalam bilik yang sama lagi.

 

Bagi mereka yang duduk jauh, memang kasihan. Kena kemas bilik dan kemudian terpaksa berulang- alik dari bilik ke setor bagi menempatkan barang masing- masing. Kalau barang saudara kena curi, itu adalah atas risiko sendiri.

 

Pada asalnya, idea penukaran bilik ini yang dikenali sebagai “reshuffle” dicetuskan oleh mantan Rektor UIAM, Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hassan.

 

Ia bertujuan untuk memastikan pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa dapat tinggal dalam sebuah bilik, bertukar pendapat dan berinteraksi selama setahun.

 

Saya sudah tinggal di UIAM selama tiga tahun, saya melihat idea beliau sebagai sesuatu yang tidak dapat direalisasikan. Mengapa saya berkata begitu?

 

Pertamanya, kami diberi pilihan untuk tinggal sebilik dengan rakan- rakan yang kami pilih. Syarat kalau hendak sebilik dengan kawan- kawan, kena datang awal semasa pendaftaran.

 

Terdapat sebuah blok di kolej saya di mana dari Tingkat Satu sehingga ke Tingkat 4, semua didiami oleh pelajar antarabangsa. Katakan sebuah bilik menempatkan pelajar dari Indonesia, kesemua warga di dalam bilik tersebut berasal dari Indonesia.

 

Yang kedua, perbezaan komunikasi, budaya dan adat resam di antara pelajar tempatan dan pelajar anatarabangsa merupakan salah satu punca kepada kejatuhan idea reshuffle ini.

 

Sebagai contoh, rakan saya sudah tidak boleh tahan untuk menetap dengan seorang hamba Allah yang datang dari Nigeria kerana keadaan bilik yang bersepah, memasang lagu kuat- kuat setiap kali dia ada di bilik dan dasar bertolak- ansur antara kedua belah pihak tiada.

 

Rakan saya berkata, “Dah puas aku suruh dia perlahankan lagu. Hari ini aku minta perlahankan, esok dia memekak balik. Telinga aku ni sampai dah lali dengar, cepat la keluar bilik.”

 

Seorang pekerja di bahagian pentadbiran kolej kediaman pula menjawab, “Menyusahkan sahaja, fail lama kena buka balik dan buat fail baru. Yelah, kena buat rekod penempatan baru bagi pelajar- pelajar.”

 

Setiap orang punya buah fikiran masing- masing. Ada yang setuju dengan idea reshuffle, tidak kurang ada juga pelajar yang membantah.

 

Ketiadaan undang- undang yang ketat daripada pihak universiti turut menyumbang kepada situasi pelajar Malaysia tinggal dengan pelajar Malaysia, pelajar antarabangsa duduk dengan pelajar antarabangsa sahaja.

 

Bagi saya, setiap perkara mestilah mempunyai tujuan tersendiri. Kalau pihak atasan hanya ikut apa yang disuruh di dalam perlembagaan tanpa memikirkan apa- apa justifikasi yang relevan, ia akan terarah kepada sesuatu yang sia- sia sahaja.

 
1 Komen

Posted by di April 9, 2008 in Coretan Pelajar

 

One response to “Justifikasi Sebuah Reshuffle

  1. hafiey

    April 20, 2008 at 8:45 am

    Mujur masa kami dulu tak sempat nak dibuat gitu… Memang lah, kalau duduk sama sgn international stud lebih banyak masalah daripada keharmoniannya.

    Hmm … masih teringat peristiwa bertekak dengan foreigner yang suka2 hati masuk compartment kita, cabut semua gambar yang kita tampal .. haram! haram! katanya … Mujur tak bertumbuk je … Masalah betul.

    Apapun … banyak undang2 buatan ni menyenangkan … pentadbir! Selamat ber’reshuffle’!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: