RSS

Pencarian Roommate Bermula!

09 Apr

Oleh kerana sistem reshuffle (pertukaran bilik hostel setelah menetap setahun) sudah dilaksanakan, maka saya perlu mengemaskan bilik dan keluar.

 

Keluar dan pindah ke bilik lain, ke bilik yang saya sendiri tidak tahu apakah sejarah silam bilik yang bakal saya duduki pada semester akan datang.

 

Oleh kerana ketiga- tiga orang rakan sebilik saya pada semester ini semua akan membuat praktikal dan masuk UIAM pada bulan Julai nanti, terpaksalah saya mencari teman sebilik yang baru.

 

Ingatkan kerja ini senang, rupanya payah juga. Apabila sudah jumpa dengan si tuan badan, beliau berkata diri sudah “ditempah” untuk bersama rakan sebilik yang lain.

 

Bercerita tentang rakan sebilik, ada beberapa cerita menarik yang saya berjaya korek daripada rakan- rakan untuk dikongsi bersama.

 

Cerita pertama berkisar begini, Shakur (bukan nama sebenar) memang tidak tahan dengan roommate pada semester ini kerana sikap malas, ambil barang kemudian buat harta, membiarkan orang yang tidak dikenali keluar masuk ruang di dalam bilik sesuka hati dan macam- macam kerenah lagi.

 

Namun disebabkan mereka sama- sama belajar di dalam satu jurusan yang sama dan sudah sebilik semenjak setahun yang lalu, Shakur sanggup tinggal bersama mereka walaupun terpaksa mengharungi semua masalah yang sama untuk setahun dari sekarang.

 

Seorang lagi rakan, Zawana (bukan nama sebenar) menghadapi masalah dengan teman sebilik yang sudah gila bayang dengan seorang lelaki. Rakan saya ini berkata orang lain pun bercinta tetapi tidaklah sampai tahap kemaruk seperti rakan sebilik beliau.

 

Apakah tanda- tanda rakan Zawana sudah gila bayang? Mesej tidak henti- henti, cakap balik bilik hendak belajar rupanya bergayut berjam- jam lamanya dengan insan tersayang, setiap resit barang dan tiket wayang bersama teman lelaki beliau ditampal pada papan notis di depan meja belajar.

 

Hendak dijadikan sebagai tangkal azimat mungkin… Saya tidak cemburu kepada beliau, namun bercinta biarlah berpada- pada. Jangan perhubungan saudara menimbulkan perasaan menjengkelkan pada orang sekeliling.

 

Seorang lagi rakan, Mahmud meletakkan syarat kalau hendak sebilik dengan beliau, orang tersebut tidak boleh memasang muzik sehingga menyakitkan telinga mendengar, boleh menghormati privacy masing- masing dan yang penting bukan seorang PEROKOK!

 

Masa untuk menghantar borang memilih teman sebilik sudah lama tamat. Saya hanya mampu berdoa agar teman sebilik saya nanti bukan seorang PEROKOK dan tidak memberikan masalah. Moga- moga dimakbulkan… Amin. 

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Coretan Pelajar

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: