RSS

Pengalaman Sakit di Musim Peperiksaan

09 Apr

Sehingga kini, batuk saya masih tidak hilang- hilang. Kalau campur pada hari ini, sudah 17 hari saya menanggung penyakit ini.

 

Batuk dan hidung berhingus tiba- tiba datang selepas saya menjawab ujian pada 23 haribulan Mac 2008. Badan mula panas, setiap beberapa minit berlari ke tandas membuang hingus.

 

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya terkena penyakit sewaktu musim peperiksaan. Sedikit sebanyak, penyakit ini turut menganggu tumpuan saya ketika menghadapi peperiksaan.

 

Dan untuk pertama kali di dalam hidup, saya tidak pernah mengalami batuk sebegini lama. Entah apa dosa yang saya telah lakukan sehingga begini lama sakit, mungkin ada salah di mana- mana…

 

Di dalam kepala, saya cuma berfikir samada ini hukuman Tuhan ataupun Tuhan ingin mencuci dosa saya. Wallahualam…

 

Kalau imbas detik- detik hari pertama saya sakit, rasa seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula. Hingus banyak, batuk pula boleh tahan, ada lagi empat peperiksaan penggal terakhir yang saya kena tempuh.

 

Pada malam tersebut, rakan sebilik baik hati pula menumpangkan saya ke klinik awam yang dibuka 24 jam. Sampai di sana, doktor pula tiada. Jururawat berkata doktor cuma ada sehingga pukul 6 petang pada hujung minggu dan pada cuti awam.

 

Dalam hati saya berkata, “Kalau doktor takde, baik tak payah buka 24 jam.”

 

Baiklah, kalau doktor tiada bolehkah saya meminta ubat? Si jururawat berkata kalau tiada rekod perubatan di dalam fail klinik, permintaan saya tidak akan dilayan. Memang saya tidak pernah mengunjungi klinik ini.

 

Si jururawat meminta maaf kerana tanpa pengesahan daripada doktor, tiada satu ubat yang boleh diberikan kepada pesakit kerana ini bagi mencegah penyalahgunaan ubat di kalangan pelajar.

 

Sekali lagi saya sakit hati. Dalam hati saya berkata, “Hendak tunggu aku mati baru nak buat rekod ke?” Baru sahaja hendak pulang ke bilik, hujan lebat pula pada malam itu. Sudahlah sejuk, terkena air hujan lagi.

 

Memang saya rasa macam hendak ponteng ujian pada waktu itu. Suara sudah bertukar, rakan sebilik bergurau sambil bertanya, “Kau baru akil baligh ke, Aliff?”

 

Sekarang musim yang tidak menentu, selalu hujan. Masakan di Malaysia pula jenis yang berminyak. Sekadar minum ubat tetapi kalau tidak mengambil langkah- langkah pencegahan, tidak guna juga.

 

Sudah dua kali saya pergi ke klinik disebabkan penyakit yang sama, namun saya masih tidak pulih sepenuhnya. Doa- doakanlah agar saya cepat sembuh…    

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: