RSS

Pesta Buku 2008: Lain Jadi!

09 Apr

Bagi saudara yang belum lagi pergi ke Pesta Buku 2008 yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), saya sarankan saudara cepat pergi ke sana. Rugi kalau tidak pergi, memang rambang mata saya dibuatnya.

 

Pada Jumaat lepas, saya telah pergi ke sana. Pergi ke sana pada hari pertama pesta tersebut berlangsung, memang bersemangat.

 

Lain yang saya rancang, lain pula terjadi. Saya meletakkan sasaran, pada hari pertama memang tiada orang di sana, buku- buku pun mestilah banyak kerana masih tidak banyak pembeli. Biasanya, ada hadiah menanti bagi pengunjung yang baru sampai.

 

Ini antara sebab- sebab mengapa saya mengunjungi pesta tersebut pada hari pertama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

 

Antara situasi- situasi yang saya nampak pada hari pertama, sesetengah booth buku masih tidak bersedia menerima kehadiran pengunjung. Contoh yang paling senang, risalah untuk diberikan kepada pengunjung mengenai produk pun tiada.

 

Memberikan kata- kata berapi, tapi kalau tiada risalah akan memberi masalah kepada orang yang tidak tahu mengenai sesebuah produk atau pun perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Masalah kedua pula, buku yang saya cari tiada. Berlaku masalah menetak buku di kilang. Buku untuk ibu, adik- adik dan sepupu saya berjaya temui. Buku untuk bacaan sendiri, tiada.

 

Tidak sangka, pada hari tersebut saya sempat bertemu sekali lagi dengan Dato’ A. Samad Said. Masuk kali ini, sudah tiga kali saya bertemu beliau. Rasa gembira sangat!

 

Bertemu juga dengan bekas pensyarah saya pada semester lalu. Kami sempat berbual selama 10 minit bertanya khabar, bertukar pandangan mengenai dunia penulisan.

 

Pensyarah ini sudah pun berusia separuh abad, seronok berbual dengan beliau. Rasa seperti berbual dengan seorang cendekiawan.

 

Lawatan saya pada hari Jumaat lepas tidaklah rugi sangat kerana saya mendapat 10 penanda buku yang berlainan dan mendapat beg goodies yang cantik daripada syarikat PTS. Terima kasih!!

 

Program yang berlangsung dari 4 April sehingga 13 April 2008 dianggarkan akan menarik lebih sejuta pengunjung yang terdiri daripada penulis, pembaca, warga sekolah, para pendidik dan orang awam.

 

Sebelum melakukan sesuatu, fikirlah ia dalam- dalam. Jangan hanya memikirkan aspek positif sahaja, lihat sesuatu itu biarlah daripada pelbagai perspektif berbeza. Kalau sesuatu masalah itu timbul, sekurang- kurangnya saudara sudah bersedia.

 

Saya melihat pesta buku ini daripada satu pandangan sahaja, pergi ke sana dan harap semua seperti dirancang, namun benda lain pula yang timbul.  

 
2 Komen

Posted by di April 9, 2008 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Pesta Buku 2008: Lain Jadi!

  1. ainunlmuaiyanah

    April 15, 2008 at 1:34 pm

    tahun ini dalam sejarah apabila saya tidak berpeluang ke pesta buku.
    pendapat saya, kalau pergi awal-awal tak berapa best. kurang meriah mungkin.

    suka pergi di saat akhir mahupun di tgh-tgh musim pesta buku…

    saya kecewa kerana tidak dapat buku siti nurbaya karya merah silu

     
  2. ainunlmuaiyanah

    April 15, 2008 at 2:10 pm

    tahun ini pertama kali tidak berpeluang pergi pesta buku..

    biasanya pergi diwaktu akhir atau waktu tgh-tgh pesta buku.. lagi best…=)
    sekadar satu cadangan..

    ah kecewanya tidak dapat buku siti norbaya karya merah silu

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: