RSS

Suasana di Pesta Buku 2008

21 Apr

Kalau sudah namanya suka, kita sanggup bersusah- payah bagi mendapatkan sesuatu. Kalau kita suka makan ikan, setiap hari kita dihidangkan dengan makanan ikan yang disediakan dalam pelbagai jenis lauk pun akan membuat kita tidak jemu memakannya.

Itulah yang terjadi kepada saya. Namun, cerita ini tiada kaitan dengan makanan atau ikan. Sebaliknya buat pertama kali di dalam hidup, saya pergi ke Pesta Buku sebanyak dua kali.

Ada lagi rakan- rakan yang mengunjungi pesta tersebut lebih daripada dua kali. Kalau pada hari Jumaat dua minggu lepas, saya ke sana bersama seorang teman.

Kali ini, saya ke Pesta Buku 2008 bersama adik- adik. Memandangkan pesta ini sudah pun mula melabuhkan tirai, suasana di sini amat kecoh.

Orang ramai, beberapa pengumuman dibuat bagi mencari mereka yang hilang. Ada juga kisah di mana pihak sekretariat tidak membenarkan pengunjung ke sesebuah tempat dek kerana ramainya orang.

Ternampak pula kelibat mentor saya sedang sibuk menyebarkan risalah mempromosikan buku beliau bertajuk “Rahsia Bisnes Mamak”.

Dalam pencarian mencari tempat letak kereta, nasib kami sedikit baik kerana masih ada tempat kosong. Itu pun kami terpaksa meletakkan kereta di tingkat atas sekali dan ia bermandikan cahaya matahari yang terik.

Ibu memesan, “Pergi empat, balik pun berempat.” Ayat yang menyatakan agar kami sentiasa bersama, takut hilang.

Adik saya yang keempat berkata ini merupakan kali pertama dan terakhir bagi beliau untuk mengunjungi pesta buku seumpama ini. Saya bertanya mengapa beliau berkata sedemikian rupa.

Beliau hanya menjawab sebab terlalu sesak dan banyak orang. Itu merupakan kenyataan Aqil sebelum kami semua memasuki Pesta Buku 2008. Memang sesak dan padat.

Adik- adik yang pada mulanya mengeluh kerana orang ramai, tiba- tiba berkata “Bestlah datang tempat ni. Lain kali nak datang lagi.”

Dalam kepala, saya terfikir sebuah idea jahat yang akan dibawa untuk perbincangan bersama ibu.

Idea tersebut ialah kalau pesta buku bakal diadakan pada tahun- tahun depan, harap ibu dapat memberikan kami cuti sehari sahaja supaya kami dapat ke sana semasa hari- hari biasa.  

Kami ke sana pada hari Sabu yang lepas, hanya beberapa booth sahaja yang dapat kami lawati. Hendak ke tempat lain, orang ramai dan terpaksa bersesak bagi mencari buku yang kami mahukan.

   

 
2 Komen

Posted by di April 21, 2008 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Suasana di Pesta Buku 2008

  1. nurulizz

    April 29, 2008 at 4:56 am

    heee besh x bookfair tawun ni? slalu pegi, tp tawun ni xdptla plak….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: