RSS

Keluh- Kesah Si Baby- Sitter

22 Apr

Baru- baru ini, ibu baru sahaja berlepas mengerjakan umrah bersama- sama nenek. Boleh dikatakan setiap tahun mereka terbang ke sana. Ada rezeki dan jemputan Tuhan, InsyaAllah tiada masalah untuk ke sana.

Mereka berlepas pada 16 April yakni pada Rabu lepas dijangka tiba di Malaysia pada 1 Mei minggu hadapan. Adik- adik tidak sabar menunggu barangan apa yang mereka bawa pulang.

Mungkin kurma, gula- gula, manisan, baju, gelang… Apa pun, saya cuma harap mereka selamat sampai.

Ibu berusia 48 tahun, nenek pula sudah berumur separuh abad. Sudah tentu kudrat mereka berkurangan untuk membeli- belah barang yang banyak bagi dibawa pulang.

Beberapa orang kenalan rapat sempat memberikan doa kepada ibu bagi dibacakan di hadapan Kaabah.

Sepanjang ketiadaan ibu, saya telah mengambilalih kerja ibu menghantar tiga orang kanak- kanak riang ke taska dan membawa mereka pulang. Saya juga yang mengurus kebajikan adik- adik di rumah.

Dari aspek menghantar adik ke sekolah dan ke pusat tuisyen, sudah menjadi kerja saya sepanjang ketiadaan ibu. Dalam erti kata lain, saya jadi baby- sitter atau sedang bekerja sambilan untuk membuka cawangan daddy- day- care.

Memasak, mencari, memanaskan, membeli makanan juga termasuk sekali. Nasib baik sudah ada orang gaji di rumah, kalau tidak saya ini boleh dipanggil sebagai bibik (orang gaji).

Alhamdulillah, sudah masuk hari kelapan saya tidak rasa tertekan menjaga mereka. Penat? Terasa sedikit penat, tetapi kena pandai mencari waktu untuk melegakan kepenatan tersebut.

Kadang- kadang apabila adik- adik hendak mula bergaduh, kenalah sentiasa berjaga- jaga supaya perkelahian tidak berpanjangan sehingga menjadi lebih teruk.

Sebelum ibu berlepas, beliau sempat bergurau anggaplah ini sebagai percubaan sebelum menjadi ayah. Ada rakan mengusik, “Apa cerita sekarang, abang sejati?”

Hakikatnya, bukan senang hendak memenuhi tanggungjawab apabila saudara ditugaskan untuk menjaga kebajikan orang lain. Doakanlah tiada masalah berlaku sepanjang saya menjadi pengasuh adik- adik.  

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 22, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: