RSS

Monthly Archives: Mei 2008

Jom Balik Kampung!

Dalam firasat saya, sudah tiga tahun lamanya saya tidak pulang ke Raub, Pahang. Walaupun telah diminta berkali- kali oleh bekas guru tuisyen saya sewaktu di sekolah menengah dulu, Encik Amran. Entah mengapa, agak sukar untuk saya kembali ke sini.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub, Pahang. Ya, saya memilih hujung minggu ini untuk meluangkan masa di Pahang. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 21, 2008 in Kisah Hidup

 

Pentingnya Persefahaman antara Pelajar IPT dan Pengusaha Kafe

Peningkatan harga beras yang mendadak membuatkan semua pihak terasa kesannya. Bagaikan sudah jatuh, ditimpa tangga. Bayangkan, satu per satu isu yang membebankan rakyat timbul.

Bermula dengan kenaikan harga minyak di seluruh dunia, isu harga tepung gandum yang masih lagi tidak berkesudahan dan kini masyarakat terpaksa menghadapi kenaikan harga beras pula.

Daripada kerajaan yang pening kepala memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk semua, pengusaha makanan dan pengguna juga tidak terlepas daripada merasai bahang kenaikan harga barang- barang ini.

Individu pelajar seperti saya ini juga tidak terlepas daripada merasai “azab” ini. Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), terdapat beberapa kafe yang terpaksa menaikkan harga makanan bagi menampung pelbagai kos pengeluaran seperti membayar sewa, gaji pekerja, harga bahan mentah, minyak dan harga air dan elektrik bagi premis perniagaan mereka. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 14, 2008 in Media & Orang Ramai

 

Dari Negatif, Positif dan Negatif

Sudah agak lama saya tidak meletakkan apa- apa  cerita di bahagian ini. Dengan masa yang banyak diperuntukkan di universiti, agak payah untuk saya pulang ke rumah mengorek rahsia- rahsia sulit dan cerita yang terjadi di taska ibu.

Apa pun, saya akan cuba mencari lagi sebanyak mungkin kerana terdapat pembaca yang seronok membaca kisah tentang keletah dan masalah yang ditimbukan oleh si kecil.

Entah apa yang tidak kena, taska ibu selalu menerima kehadiran kanak- kanak yang bermasalah dan selalu menimbulkan kekacauan apabila tiba.

Walaupun majoriti daripada mereka berjaya dibentuk menjadi menjadi lebih baik daripada sebelum datang, masih ada beberapa lagi kanak- kanak nakal yang ibu sudah kehabisan idea dan kudrat bagi melentur perangai mereka. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di Mei 14, 2008 in Diari PDAJ

 

Hutang, Girlfriend, Boyfriend dan Duit

Malam tadi, rakan sebilik saya yang juga seorang pemiutang datang mengadu kepada saya berhubung perangai beberapa rakannya yang suka meminjam.

Zariff (bukan nama sebenar) berkata terdapat tiga orang rakan yang gemar meminjam duit beliau.

“Kadang- kadang rasa kesian. Yelah, aku fikir nak tolong kawan. Tapi yang aku tak sedap, sorang kawan aku ni masih hutang duit aku RM100 tapi hendak meminjam RM200 lagi. Then, dia lupa pulak dia masih hutang aku. Tension juga aku”

Zariff menambah kesemua mereka kelihatan seolah- olah tidak pandai menguruskan duit yang ada, kaki boros. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Mei 7, 2008 in Cerita Teman

 

Good Bye Madam, Welcome Boss!

Sesudah setahun empat bulan saya berkhidmat di bawah Puan Shahrizad Sa- Idul Haj, akhirnya bos saya telah ditukarkan ke Kuliyah Undang- undang Ahmad Ibrahim, UIAM.

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya di bawah beliau, alhamdulillah hanya sekali sahaja saya kena hentam oleh beliau. Difikirkan kembali, memang patut saya kena bising kerana menyalah gunakan harta pejabat bagi kepentingan peribadi.

Apa pun, itu dulu. Kini, tiada sesiapa yang bising atas perlakuan saya di pejabat. Tidak seronok kalau bekerja dengan orang yang tidak senang dengan kehadiran kita.

Biasalah, setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang datang, akan pergi. Yang lama akan diganti dengan yang baru. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di Mei 7, 2008 in Dari Kamar Office