RSS

Good Bye Madam, Welcome Boss!

07 May

Sesudah setahun empat bulan saya berkhidmat di bawah Puan Shahrizad Sa- Idul Haj, akhirnya bos saya telah ditukarkan ke Kuliyah Undang- undang Ahmad Ibrahim, UIAM.

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya di bawah beliau, alhamdulillah hanya sekali sahaja saya kena hentam oleh beliau. Difikirkan kembali, memang patut saya kena bising kerana menyalah gunakan harta pejabat bagi kepentingan peribadi.

Apa pun, itu dulu. Kini, tiada sesiapa yang bising atas perlakuan saya di pejabat. Tidak seronok kalau bekerja dengan orang yang tidak senang dengan kehadiran kita.

Biasalah, setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang datang, akan pergi. Yang lama akan diganti dengan yang baru.

Sekarang, kerusi bos saya telah disandang oleh Encik Hakim dan peranan menjaga media dan buletin PRO sudah diambil alih oleh beliau.

Saya baru mengenali bos baru ini tidak sampai dua minggu dan saya difahamkan inilah kali pertama beliau memegang tanggungjawab menguruskan pihak media dan buletin PRO.

Biasalah, setiap orang punya rentak kerja yang berbeza. Terdapat beberapa tugasan baru yang saya tidak pernah lakukan semasa berada di bawah Puan Shahrizad, sekarang Encik Hakimi meminta saya menyiapkan tugasan tersebut.

Kejadian ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir dan hati terdetik untuk berkata, “Time aku bawah Madam dulu takde kena buat benda- benda ni, kenapa sekarang kena buat pulak?”

Disebabkan saya tidak pernah membuat kerja- kerja tersebut, maka sedikit ragu- ragu dan tidak tahu apa tujuan kerja- kerja itu diberikan kepada saya. Nampaknya, kena belajar sedikit demi sedikit gaya kerja bos baru ini.

Pendapatan saya bekerja di PRO tidaklah sebesar mana, cukup untuk lepas makan minum sebulan. Ingin saya jelaskan di sini, pendapatan saya adalah berdasarkan jumlah artikel yang dihantar kepada bos saya.

Banyak artikel yang dihantar, banyaklah duit. Ini bermakna saya tidak dibayar untuk melakukan kerja- kerja lain.

Maka, seandainya terdapat tugasan- tugasan berlebihan saya kenalah pejam mata dan menganggap ia sebagai melakukan fisabillillah.

Bagi saya, tidak menjadi satu masalah untk melakukan tugasan yang berada di luar bidang pekerjaan saya cuma berharap tiada pihak yang ingin menangguk di air keruh atas keikhlasan orang lain.

 
3 Komen

Posted by di Mei 7, 2008 in Dari Kamar Office

 

3 responses to “Good Bye Madam, Welcome Boss!

  1. aliman

    Mei 8, 2008 at 11:04 am

    Dia suruh buat kerja apa?

     
  2. Miss Aisha

    Mei 9, 2008 at 2:37 pm

    Wah, Kak Ijat kene pindah? Tak tau pun… I like her!

     
  3. Mdm Shahrizad

    November 28, 2008 at 1:55 am

    Dear Aliff,

    Rambut sama hitam, hati lain-lain… itu lah yang boleh saya katakan… Jadi sebagai pekerja kita kenalah biasakan diri, tapi ianya tak akan berlaku sehari semalam, saya faham ia akan mengambil masa untuk kita selesa dengan keadaan baru.. Jadi, belajarlah untuk mengembek dikandang yang baru… Kerana mereka pun belum biasa dengan “embekan” kita..🙂 Walau bagaimanapun, I am really touching with your post nih… Tak sangka selama ini ada juga yang menghargai.. Terima kasih Aliff.. Terima lah semua ini sebagai pengalaman yang mendewasakan…😉

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: