RSS

Hutang, Girlfriend, Boyfriend dan Duit

07 May

Malam tadi, rakan sebilik saya yang juga seorang pemiutang datang mengadu kepada saya berhubung perangai beberapa rakannya yang suka meminjam.

Zariff (bukan nama sebenar) berkata terdapat tiga orang rakan yang gemar meminjam duit beliau.

“Kadang- kadang rasa kesian. Yelah, aku fikir nak tolong kawan. Tapi yang aku tak sedap, sorang kawan aku ni masih hutang duit aku RM100 tapi hendak meminjam RM200 lagi. Then, dia lupa pulak dia masih hutang aku. Tension juga aku”

Zariff menambah kesemua mereka kelihatan seolah- olah tidak pandai menguruskan duit yang ada, kaki boros.

Yang lebih menghairankan dan lebih menggelikan hati, salah seorang penghutang beliau, Aznul (bukan nama sebenar) sudahlah datang daripada keluarga yang susah, mempunyai adik- beradik yang ramai sehingga duit pinjaman PTPTN beliau disumbangkan sedikit bagi menampung keperluan keluarga.

Tetapi, sudah menggatal mempunyai teman wanita dan mempunyai dua telefon bimbit bagi tujuan yang berlainan. Saya jamin perbelanjaan hamba Allah ini sudah tentu besar sedikit.

Maklum sahajalah, mana ada percintaan yang tiada pengorbanan. Hmmm… Tiada penyakit, sengaja menempah penyakit.

Ibu saya pernah membebel panjang lebar mengenai tiga isu yang saya sebutkan di atas; isu hutang, girlfriend/ boyfriend dan duit.

Berkenaan hutang, janganlah suka membuat hutang dan memberi pinjaman kepada orang lain sekiranya kita rasa ragu- ragu dengan orang tersebut.

Sedangkan hubungan persaudaraan pun boleh putus disebabkan duit, inikan pula hubungan sekadar persahabatan.

Biarlah orang katakan kita ini kedekut, tidak mahu menolong kawan, asalkan tiada mana- mana pihak yang akan bercakaran disebabkan soal duit.

Kepada pelajar- pelajar di luar sana yang sudah mempunyai teman istimewa, baik lelaki mahupun perempuan, saya ingin bertanya satu soalan mudah.

Duit siapa yang saudara belanjakan untuk insan tercinta;
A) Duit yang diamanahkan oleh ibu bapa bagi keperluan menampung pembelajaran
B) Duit pinjaman atau biasiswa daripada kerajaan bagi melihat saudara berjaya suatu hari nanti
C) Duit simpanan sendiri

Seandainya jawapan saudara adalah C, tahniah dan saya tabik kepada saudara kerana pandai berdikari.

Bagi mereka yang memilih jawapan A dan B, tidak pernah rasa malu ke menggunakan harta pemberian orang lain bagi memenuhi kehendak peribadi?

Benar, duit tersebut sudah menjadi hak saudara dan saudara bebas melakukan apa sahaja dengan duit tersebut. Namun, harus diingatkan, duit tersebut adalah amanah daripada orang lain bagi tujuan menampung kos hidup dan pembelajaran.

Berkenaan isu duit pula, biarpun duit tersebut adalah pinjaman atau pemberian ikhlas daripada mana- mana pihak, kita haruslah pandai berjimat- cermat dan pandai menguruskannya.

Seeloknya, 30% daripada jumlah duit yang diperoleh setiap bulan harus disimpan.

Duit itu kalau rajin menyimpan, lama- lama isinya akan bertambah. Sikit- sikit, lama- lama jadi bukit. Sediakan payung sebelum hujan. Berlaku kejadian tidak diingini di masa depan, sekurang- kurangnya kita sudah mempunyai persediaan dari awal.
   

 
2 Komen

Posted by di Mei 7, 2008 in Cerita Teman

 

2 responses to “Hutang, Girlfriend, Boyfriend dan Duit

  1. ckasih

    Mei 7, 2008 at 5:52 am


    shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

     
  2. nurul

    Januari 28, 2009 at 5:19 am

    malas ku nak nganok urg aku tok 2×5

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: