RSS

Dari Negatif, Positif dan Negatif

14 May

Sudah agak lama saya tidak meletakkan apa- apa  cerita di bahagian ini. Dengan masa yang banyak diperuntukkan di universiti, agak payah untuk saya pulang ke rumah mengorek rahsia- rahsia sulit dan cerita yang terjadi di taska ibu.

Apa pun, saya akan cuba mencari lagi sebanyak mungkin kerana terdapat pembaca yang seronok membaca kisah tentang keletah dan masalah yang ditimbukan oleh si kecil.

Entah apa yang tidak kena, taska ibu selalu menerima kehadiran kanak- kanak yang bermasalah dan selalu menimbulkan kekacauan apabila tiba.

Walaupun majoriti daripada mereka berjaya dibentuk menjadi menjadi lebih baik daripada sebelum datang, masih ada beberapa lagi kanak- kanak nakal yang ibu sudah kehabisan idea dan kudrat bagi melentur perangai mereka.

Ada juga kanak- kanak yang berjaya diubah sikapnya menjadi positif tetapi kemudian kembali kepada sifat yang asal kerana penjagaan ibu ayah yang tidak betul, terikut- ikut dengan perangai saudara- mara terdekat dan pengaruh persekitaran.

Biar saya berikan satu contoh merujuk kepada semua isi- isi yang telah dinyatakan di atas.

Seorang kanak- kanak riang dan cerdik, Sasha (bukan nama sebenar) mengalami trauma dengan bekas orang gaji beliau yang bukan sahaja telah mendera si kecil ini, tetapi entah apa yang terjadi, Sasha yang baru berusia lima tahun sudah pandai mengeluarkan kata- kata kesat kepada ibu bapa beliau sendiri.

Ibu berkata beliau terpaksa bersabar dan mengambil masa sehingga dua bulan lamanya bagi membentuk peribadi si comel ini. Akhirnya, alhamdulillah, usaha ibu bersama pendidik- pendidik berjaya.

Kalau dahulu, Sasha terpaksa tinggal bersama kami sekeluarga di rumah dari Isnin sehingga Sabtu. Selepas Isyak, barulah ibu akan menghantar beliau balik rumah kerana kedua ibu bapa Sasha bekerja sehingga malam.

Walau bagaimanapun, perangai positif beliau tidak bertahan lama. Kini, Sasha sudah dihantar ke rumah sebelum masuk waktu Maghrib. Apabila Sasha meluangkan masa yan lebih di urmah kami seperti dulu, perangai beliau berubah menjadi lebih baik.

Tetapi itu dulu. Saya bukan ingin mengata ibu bapa Sasha tidak pandai mendidik anak, tetapi mungkin mereka terlepas pandang beberapa perangai yang negatif dan bagi mereka, itu sesuatu yang biasa dilakukan oleh kanak- kanak seusia anak mereka.

Kadang- kadang, saudara- mara akan bertandang ke rumah beliau. Seorang jiran pernah memberitahu ibu apabila sepupu Sasha tiba, akan berkumandanglah pelbagai jeritan dan tangisan yang kuat.

Inilah yang mengakibatkan perangainya menjadi lebih teruk lagi daripada dulu. Sudah pandai menipu ibu bapa, gedik, mengada- ngada dan sikap manja yang keterlaluan.

Ditambah pula dengan kedudukan beliau sebagai anak tunggal, lagilah memburukkan keadaan.

Saya perasan biasanya ibu bapa menelan bulat- bulat semua kata- kata si kecil apabila anak mereka adalah yang pertama, anak tunggal dan merupakan anak yang bongsu di dalam keluarga.

 
1 Komen

Posted by di Mei 14, 2008 in Diari PDAJ

 

One response to “Dari Negatif, Positif dan Negatif

  1. sapiah hussien

    November 6, 2008 at 4:44 am

    Well, kadangkala ibu bapa terlalu terikut dengan gaya asuhan dari barat. Sehinggakan anak-anak tidak dapat dilentur dengan gaya hidup timur kita. Ibu bapa selalu meletakkan kesalahan kepada pihak TASKA, sedangkan merekalah orang pertama yang menjadi contoh & teladan kepada anak-anak. “Sayangkan anak ditangan-tangankan” bukanlah bermaksud sampai mencederakan kanak-kanak dari segi emosi & fizikal. Tapi, lakukanlah langkah pencegahan dari awal kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: