RSS

Jom Balik Kampung!

21 May

Dalam firasat saya, sudah tiga tahun lamanya saya tidak pulang ke Raub, Pahang. Walaupun telah diminta berkali- kali oleh bekas guru tuisyen saya sewaktu di sekolah menengah dulu, Encik Amran. Entah mengapa, agak sukar untuk saya kembali ke sini.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub, Pahang. Ya, saya memilih hujung minggu ini untuk meluangkan masa di Pahang.

Artikel ini ditulis di kantin sekolah, ditemani pelajar- pelajar yang sedang menjamu selera dan telinga kami dihidangkan dengan “muzik” dari mesin pembancuh simen. (Sekolah ini sedang menjalankan pembinaan dewan)

Perjalanan menaiki bas untuk ke sini hanya mengambil masa sejam setengah sahaja dari Kuala Lumpur.  

Sudah tiga tahun lamanya saya tidak pulang ke sini, tidak banyak perubahan yang berlaku di pekan ini.

Melihat kepada persekitaran sekolah ini, hati rasa tenang sahaja. Disajikan dengan pemandangan serba hijau di kiri dan kanan, secara tidak langsung menaikkan semangat untuk menulis.

Dengan suasana begini, kalau hendak mencari idea pun tidak susah. Sebenarnya, saya menemani bekas guru tuisyen saya membuat kelas tambahan pada hari ini. Hari Jumaat sampai sini, hari Ahad sudah bertolak kembali ke Kuala Lumpur.

Ikutkan hati, hendak balik pada hari Isnin sahaja kerana cuti perayaan Hari Wesak jatuh pada hari tersebut. Namun, hari Rabu ini saya akan menduduki peperiksaan pertengahan semester.

Memang saya membawa pulang nota- nota bagi membuat sedikit penghafalan, tetapi masa lebih banyak dihabiskan dengan melawat ke sana- sini.

Sesekali pulang menjengah ke kampung orang, rasa kurang sedikit tekanan di kepala. Melihat pula suasana harmoni kehidupan masyarakat kampung, membuatkan hati ini terasa indahnya kalau masyarakat di bandar juga sebegini.

Kesibukan warga kota yang sibuk sepanjang masa, mementingkan nilai- nilai individualistik walhal kebanyakan warga kota berasal dari kampung, membuatkan kita lupa bahawa nilai kesopanan dalam hidup berjiran amat dititikberatkan di dalam agama.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 21, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: