RSS

Adab Pemakaian Jeans

09 Jun

Saya pernah menghadiri bermacam- macam program. Program ini tidak menentu, ia boleh berlaku pada bila- bila masa sahaja.

Kalau berlaku pada waktu malam, kenalah pergi. Kalau sesuatu isu itu terjadi pada hujung minggu, terpaksalah juga pergi.

Dan bagi seorang pencari berita, mereka juga tidak terlepas daripada mematuhi beberapa etika kod pemakaian. Imej pertama yang dilihat orang, itulah imej yang akan melekat di kepala mereka sampai bila- bila.

Saya pernah memakai seluar jeans dan pergi membuat liputan berita. Antara hadirin terhormat yang hadir pada ketika itu adalah Rektor UIAM dan beberapa individu berkepentingan dari Lembaga Zakat Selangor.

Sebelum saya memasuki dewan di mana acara tersebut berlangsung, saya ditahan daripada memasuki dewan oleh rakan sekerja saya sendiri. Alasan yang diberikan, saya memakai seluar jeans.

Sejak kisah itu, saya tidak berani memakai seluar tersebut kalau ditugaskan untuk membuat berita bagi sesebuah program.

Tidak lama kemudian, saya bertemu seorang wartawan dari Kumpulan Utusan sewaktu sama- sama melaporkan berita di UIAM. Apa yang membuat saya terkejut, wartawan ini berani pula memakai seluar jeans.

Kemudian, saya gatal mulut bertanya, “Abang Anwar, takpe ke pakai jeans kalau pergi cover event?”

Dengan muka tersengih, beliau berkata, “Memang sepatutnya tidak boleh, namun ia bergantung kepada organisasi tempat anda bekerja. Kalau weekdays, memang kena pakai office attire. Tapi pengecualian diberikan pada weekend. Cuma weekend je kami boleh pakai jeans.”

Semenjak hari itu, saya amat berhati- hati dalam memilih pakaian sebelum pergi ke sesuatu tempat. Takut salah pilih pakaian, kena halau pula oleh penganjur.   

 Sekadar untuk berkongsi dengan semua. Kajian yang dilakukan mendapati mereka yang gemar memakai seluar jeans, kasut kanvas adalah orang- orang yang sentiasa  suka berhati muda dan remaja.

Mereka orang- orang yang hidup dengan mudah, suka keseronokan, suka memberontak dan kepala angin atau moody

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Dari Kamar Office

 

One response to “Adab Pemakaian Jeans

  1. mirhans safni

    Jun 19, 2008 at 3:40 am

    “Kajian yang dilakukan mendapati mereka yang gemar memakai seluar jeans, kasut kanvas adalah orang- orang yang sentiasa suka berhati muda dan remaja.

    Mereka orang- orang yang hidup dengan mudah, suka keseronokan, suka memberontak dan kepala angin atau moody”

    oo..ye ker? saya selalu memberontak, klu nak g keja nak paki suar ‘jin’..tapi xleh..klu kuar cover event pempuan lagi susah. klu event tu terlalu formal n beradat mesti sopan santun(pki bju kurung),laki senang jer..slalu ckp ngn diri sendiri..aku ni hipokrit..tpi itulah dunia kn..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: