RSS

Cuti- Cuti Malaysia

09 Jun

Kalau sesiapa yang mengambil semester pendek di UIAM, mungkin sekarang saudara sedang sibuk melakukan persiapan rapi menghadapi ujian yang bakal bermula pada pertengahan minggu ini.

Rakan sebilik sedang sibuk menyiapkan pembentangan dan menghantar kertas kerja sebelum hujung minggu hadapan.

Semester pendek ini, saya cuma berjaya mendapat satu subjek sahaja akibat tidak melakukan perancangan yang betul sewaktu memilih subjek.

Hendak dipendekkan cerita, pensyarah saya telah berlepas ke luar negara sejak akhir bulan lalu dan saya sedang menikmati percutian dari 23 Mei sehingga 9 Jun 2008.

Nasib baik perut tidak naik. Maklumlah, seminggu masa saya dihabiskan di rumah bersama adik- adik. Kalau di rumah, semua perbelanjaan makanan ditanggung jadi potensi untuk badan membesar adalah besar. Hehehe.

Apa saya buat sepanjang percutian ini? Kalau ada duit lebih, hendak sahaja pergi bercuti ke mana- mana. Namun, hasrat tersebut terpaksa dimatikan disebabkan oleh kewangan yang tidak kukuh.

Hendak kata melakukan pelbagai aktiviti, tidak juga. Walaupun begitu, masih ada beberapa kisah yang saya berjaya ingati dan rasai bagi dikongsi bersama pembaca.

Bacalah entri di bawah bagi mengetahui kisah selanjutnya.   

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: