RSS

Keretakan Hubungan Isi Dengan Kuku?

09 Jun

Tidak sangka, percutian saya bermula dan berakhir serentak dengan percutian budak- budak sekolah. Secara tidak langsung, saya bercuti bersama- sama adik- adik saya di rumah.

Kalau ada sebilangan kecil pelajar lelaki tidak mahu pulang ke rumah takut disuruh menjaga adik- adik, takut kena buat kerja rumah. Saya pula berasa sebaliknya.

Setiap kali apabila saya pulang ke rumah, kesemua adik- adik saya akan gembira. Bukan gembira sebab ingin menyambut kepulangan abang tetapi gembira sebab komputer riba saya sudah sampai ke rumah.

Biasanya, di dalam komputer riba saya ini mempunyai lagu- lagu yang saya ambil daripada rakan- rakan, termasuk filem- filem dari barat, komik terbaru Naruto dan permainan komputer yang selalu membuatkan mereka lalai.

Saya tidak tahu cara apa lagi yang boleh dilakukan bagi mengambil hati mereka. Kadang- kadang, kerja saya tertangguh disebabkan memberi mereka menggunakan komputer riba.

Saya melihat mereka, saya takut hubungan kami akan renggang sebaik sahaja kami semua memasuki alam remaja dan dewasa.

Saya melihat ada sesetengah intitusi keluarga yang mempunyai adik- beradik seibu sebapa tetapi tidak rapat. Hendak tegur kalau jumpa sekali di dalam majlis keramaian. Kemudian, susah untuk menghubungi satu sama lain.

Apa yang mengejutkan, isteri- isteri mereka lebih rapat di antara satu sama lain. Adakah disebabkan perempuan gemar bercakap menyebabkan fenomena ini terjadi?

Kalau sewaktu kecil, hubungan adik- beradik begitu rapat. Bagaikan isi dengan kuku. Mengapa apabila mereka meningkat dewasa, hubungan akrab sebegitu tidak dapat terjalin lagi?

Inilah antara perkara- perkara yang tidak diingini yang saya takut akan terjadi kepada kami lima beradik.

Kalau apa saya berikan selama ini kepada mereka sedikit melalaikan, maka ia harus dibendung jangan sampai ia membawa kesan negatif pula.

Saya hanya ingin mereka meningati saya sebagai seorang abang yang menjalankan tanggungjawab kepada mereka. Lihat komputer riba, teringat saya selalu memberikan mereka keceriaan setiap kali saya pulang ke rumah.

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Kisah Hidup

 

One response to “Keretakan Hubungan Isi Dengan Kuku?

  1. ibu tua...

    Julai 9, 2008 at 1:33 am

    Kalau sewaktu kecil, hubungan adik- beradik begitu rapat. Bagaikan isi dengan kuku. Mengapa apabila mereka meningkat dewasa, hubungan akrab sebegitu tidak dapat terjalin lagi?
    sayang anak ku satu sahaja yang ingin ibu katakan…. jangan ada perasaan iri hati atau hasad dengki antara satu sama lain… Jika mempunyai sedikit rasa tersebut maka terlerailah ikatan yg terbina tidak guna jika kita solat buat amal jariah, bersedekah, pergi mekah berkali-kali….. semua ini tiada guna jika diHATI kita mempunyai.. rasa tidak puas hati antara satu sama lain…
    sayang anak ku hidup kita bermula dgn HATI….. disitulah pusat segala-gala dlm mencorak kehidupan kita….
    dan ibu berharap agar anak ku sayang tidak membelakangkan orang tua..hormatilah mereka selagi daya dan bersihkan HATI kerana dgn kekuatan..itu hubungan adik- beradik tidak akan putus sampai bila-bila

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: