RSS

Mari Melawat PTS

09 Jun

Cuti selama dua minggu, saya sempat mencari peluang melawat syarikat penerbitan buku, PTS Publishings and Distributors Sdn. Bhd. Lawatan yang saya dan rakan saya aturkan ini, hanya kami berdua sahaja yang pergi.

Pada 22 Mei 2008, kami pergi ke sana dan masa yang dijanjikan dengan pihak PTS adalah pada pukul 3 petang. Namun disebabkan takut sesat, kami telah sampai di sana pukul 2.20 petang.

Apabila pengurus PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Tuan Nazrul Samsudin masuk ke pejabat pukul 2.30 petang, kami terus dilayan seperti VIP yang bertandang ke rumah.

Hanya kami berdua tetamu pada petang itu. Tidak sangka kami menghabiskan masa selama hampir tiga jam di situ.

Mendengar penerangan daripada Tuan Nazrul sedikit sebanyak membuat kami berdua terpaku. Kagum kerana maklumat yang kami terima pada hari itu memang tidak akan diajar di UIAM, ilmu baru.

Alhamdulillah, saya sudah tahu sedikit sebanyak sejarah, kronologi dan jerih- perih bagaimana sebuah syarikat penerbitan buku untuk membangun.

“Pada ketika ini, PTS atau Professional Training Services mempunyai kira- kira 50 orang kakitangan bagi semua enam divisyen (PTS One, Millenia, Professional, Islamika, Litera dan Fortuna),” kata Nazrul.

Beliau menambah syarikat yang ditubuhkan di sekitar Oktober 1999 oleh Puan Ainon Mohd. Syarikat ini telah dirasmikan pada April 2000. Pada awal operasi, ia dibuka di Taman Melawati, kemudian berpindah ke Janda Baik. Kemudian, syarikat ini berpindah lagi ke Bukit Tinggi dan kini ia berada di Wangsa Melawati.

Nazrul memberitahu kami secara purata, PTS menerbitkan 20 buah judul baru setiap bulan. Dari segi pencetakan, ia diberikan kepada orang luar (outsource) kerana tiada kepakaran dan kosnya yang begitu tinggi.

Berkenaan isu penghantaran manuskrip ke PTS, ada penulis yang menghantar kertas cadangan membuat buku sebelum mereka menulis buku mereka sendiri. Ada juga segelintir penulis yang mencari penerbit bagi memasarkan manuskrip mereka setelah ia dibukukan.
 
“Kebanyakan mereka yang menulis untuk PTS merupakan menulis untuk pertama kali dan tidak pernah menulis di mana- mana media secara rasmi.”

“Biasanya, manuskrip yang ditulis buat pertama kali mempunyai pelbagai masalah; isu tertangguh, kurang keyakinan, ilmu tidak cukup dan down kalau manuskrip ditolak berulang- kali,” tambah Nazrul.

Walaupun hanya kami dua orang, masa yang kami luangkan di sana hampir tiga jam. Keseronokan yang saya tidak dapat gambarkan bagaimana gebiranya dapat berada di dalam sebuah gedung ilmu.

Dapat freebies, dapat memilih sebuah buku untuk dibawa pulang dan diberikan hadiah buku “Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku” pula oleh penulis buku itu, juga Tuan Nazrul Samsudin. Terima kasih Tuan Nazrul!

Nasihat saya kepada saudara, kalau ingin ke sesuatu tempat, rancanglah bersama- sama rakan. Buat surat kalau perlu. Adat hendak merantau ke tempat orang kerana ingin menimba ilmu, biarlah kita merendah diri.

Tidak perlu mengharap mana- mana persatuan di tempat saudara menganjurkan lawatan ke sana- sini, sebaliknya bertindaklah snediri!

Bergeraklah dalam kumpulan yang kecil. Lebih kecil jumlah peserta lawatan, lebih mudah surat saudara akan dilayan dan lebih mudah bagi pihak pengurusan di sana untuk melayan saudara. Selamat mencuba tips ini!

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Penulisan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: