RSS

Masalah Pasangan Tak Setaraf di dalam Cinta

09 Jun

Musim cuti persekolahan juga boleh dipanggil sebagai musim kenduri kahwin. Setiap minggu, ada sahaja upacara walimatul urus yang diadakan.

Islam menggalakkan penganutnya mencari pasangan yang sekufu yakni setaraf. Kalau hendak mencari, biarlah pasangan itu tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah tarafnya dengan diri kita.

Sambil makan, mata melihat pula pengantin yang sedang duduk di atas pelamin. Ada pasangan yang saya lihat sama cantik, sama padan. Ada juga pasangan yang saya lihat seolah- olah tidak kena.

Satu pasangan, lelaki berusia 23 tahun manakala perempuan itu berumur 27 tahun. Si suami bekerja sebagai juruwang di kedai 7- Eleven tetapi si isteri memegang jawatan eksekutif di sebuah syarikat.

Si suami kurus, berkulit cerah dan tampan tetapi si isteri sebaliknya. Bertubuh gempal dan kulit hitam manis.

Saya bukan ingin merendahkan taraf lelaki itu dan mengatakan perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Namun, ini adalah beberapa kemungkinan yang bakal mereka hadapi semasa menjadi pasangan suami isteri:
– Si isteri bakal menanggung perbelanjaan isi rumah termasuklah perbelanjaan si suami
– Si isteri berpotensi besar untuk menjadi seorang “queen control” kerana kuasa membeli terletak di tangannya
– Orang ramai yang mengetahui perkahwinan mereka akan bercakap di belakang. Maklumlah, perbezaan mereka bagaikan langit dan bumi
– Kalau tiada kesedaran yang cukup tentang agama, si isteri akan melawan si suami kerana semua perlu ditanggung oleh beliau
– Si suami yang bosan dengan kerenah isteri, akan bermain kayu tiga dengan perempuan lain
– Lama- kelamaan, kalau masalah sentiasa datang dan masing- masing tidak dapat mencari kesesuaian, mereka akan bercerai

Cinta itu buta. Ada sahaja benda mustahil yang boleh berlaku di dalam percintaan. Namun, kita berpijak di bumi yang nyata. Sesetengah perkara yang tidak logik di dalam percintaan biasanya berlaku di dalam cerita Bollywood.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: