RSS

Rahsia Penulisan Berkualiti Daripada PTS Islamika

09 Jun

Sabtu yang lalu, saya telah pergi ke kursus anjuran PTS Islamika. Sudah lama hati ini berkata ingin pergi, ingin pergi. Namun ada sahaja masalah dan hal yang timbul sebelum pergi ke sana.

Kali ini, saya paksa diri supaya dapat memijakkan kaki lagi ke kursus yang diadakan di Sek. Agama Al- Ikhlas, Taman Permata. Kali terakhir saya ke kursus anjuran PTS ialah pada tahun lepas. Rasa rugi kerana terlalu banyak ilmu yang saya terlepas.

Kursus percuma selama dua jam setengah ini telah disampaikan oleh Tuan Faris Hasbullah, Pengurus Penerbitan PTS Islamika. Antara bahan- bahan yang ingin saya kongsikan bersama saudara:

– Sesetengah buku agama zaman kini ditulis oleh penulis yang hidup pada zaman ini, tetapi menggunakan gaya bahasa dan stail penulisan orang yang hidup pada zaman 1890- an. Terlalu berat, istilah agama yang sukar difahami oleh mereka yang tiada asas pegangan agama yang kuat

– Penulis digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami manakala penerbit akan mempakejkan semula buku- buku agama. Contohnya, hadis Nabi Muhammad SAW boleh diterjemahkan ke dalam bentuk cerita dan diselitkan dialog bagi menambah keseronokan membaca   

– Seorang penulis ialah seorang businessman juga. Penulis perlu menulis apa yang dikehendaki pembaca, bukan menulis untuk memenuhi agenda tertentu seperti bagi mendapatkan pangkat yang lebih tinggi di dalam sesebuah organisasi

– Apabila menulis, penulis juga perlu memandang jauh akan pasaran bagi buku mereka. Oleh itu, jangan menulis buku agama yang hanya akan dibeli oleh orang Islam sahaja. Hasilkan sebuah karya yang boleh dibaca dan dirujuk oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal agama dan kaum

– Untuk menjadi yang terbaik, kita perlu berguru dengan sesiapa sahaja tidak mengenal agama, bangsa, kulit, bahasa dan budaya. Tiru kejayaan orang lain untuk berjaya. Kalau saudara melihat buku- buku agama Kristian, ada sesetengah daripada buku tersebut menggunakan bahasa yang mudah, warna- warni, bergambar dan susunan juga kemas dan cantik. Inilah antara ciri- ciri buku yang boleh menarik orang ramai untuk membeli buku saudara  

– Ada penulis yang seronok menulis sehingga tersasar daripada matlamat asal penulisan. Sebagai penulis Muslim, berdakwah melalui penulisan merupakan satu kelebihan yang tidak terdapat pada semua orang. Ambil bulan Ramadhan sebagai contoh yang paling mudah. Apabila tibanya bulan ini, media lebih banyak menceritakan bazaar Ramadan, makanan yang boleh didapati ketika bulan ini, baju raya, kuih raya berbanding kehebatan bulan Ramadan itu sendiri.

Apa yang saya coretkan di atas merupakan sebahagian sahaja daripada keseluruhan isi pada kursus tersebut. Ahad ini, 15 Jun 2008, akan ada lagi sebuah bengkel anjuran PTS One pada pukul 10 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, sila klik universitipts.com. InsyaAllah, saya akan pergi ke sana lagi Ahad ini. 
 

 
1 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Penulisan

 

One response to “Rahsia Penulisan Berkualiti Daripada PTS Islamika

  1. qdetactive

    Jun 10, 2008 at 11:51 am

    salam ziarah. terima kasih bkongsi tips. amat membantu.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: