RSS

Tips Mengadakan Kenduri Kahwin

09 Jun

Sejak tiga minggu yang lalu, setiap hujung minggu akan ada kenduri kahwin. Ia bermula dengan menghadiri kenduri kahwin rakan bekas guru tuisyen saya di Pahang, sehinggalah minggu lepas saya diundang untuk menjamu selera percuma di kenduri sebegini.

Alhamdulillah, jimat duit makan tengah hari. Hehehehe. Saya telah menghadiri enam kenduri kahwin di tempat yang berbeza berpaksikan satu matlamat sama, iaitu menghebohkan kepada orang ramai mengenai majlis perkahwinan masing- masing.

Enam majlis perkahwinan, pelbagai ragam, aksi dan pengajaran saya berjaya ambil supaya kejadian buruk yang sama tidak akan berlaku sewaktu kenduri majlis perkahwinan saya nanti.

Ada kenduri kahwin yang dibuat seolah- olah ingin menyambut raja menghadiri ke majlis mereka.

Pelamin dihias seperti sebuah singgahsana, dewan makan dihias seperti berada di dalam taman, rambang mata ketika ingin mengambil juadah kerana pelbagai jenis lauk terhidang.

Benar, majlis perkahwinan diadakan bagi meraikan raja sehari. Namun biarlah perbelanjaannya berpada- pada. Jangan kerana hendak meriah sehari, menanggung hutang bertahun- tahun lamanya.

Jangan hendak membuat majlis itu nampak gah sahaja. Takut perkahwinan itu hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan.

Di dalam Islam, hukum membuat majlis perkahwinan ialah sunat muakkad yakni sunat yang amat dituntut. Membuat kenduri tidak jatuh kepada hukum wajib di dalam Islam. Kalau tidak mempunyai dana yang cukup, buatlah kenduri secara kecil- kecilan sahaja. 

Kedua, rancanglah sebaik mungkin. Kegagalan untuk merancang adalah merancang ke arah kegagalan.

Seorang rakan saya memberitahu dek kerana makanan yang dipesan melebihi daripada jumlah tetamu yang hadir, sejumlah besar makanan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Seeloknya, sejam sebelum kenduri tamat, tuan rumah seeloknya membungkus makanan untuk diberikan kepada saudara- mara atau jiran tetangga.

Asingkan makanan untuk tetamu dan untuk diberikan kepada orang lain. Apabila makanan dibuang, sudah jatuh hukum berdosa.

Apabila menjemput orang untuk menghadiri majlis perkahwinan, buat anggaran berapa ramai orang yang akan hadir. Anggaplah 20 peratus tidak akan hadir ke kenduri. Ini amat penting di dalam menganggarkan jumlah makanan dan hadiah yang ingin diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu.

Kesimpulannya, ukurlah baju di badan sendiri sebelum mengadakan sesebuah majlis perkahwinan. Rancanglah ia sebaik mungkin dari sebelum nikah lagi supaya ia bakal menjadi sebuah memori yang manis untuk dikenang sehingga ke akhir hayat.

 
2 Komen

Posted by di Jun 9, 2008 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Tips Mengadakan Kenduri Kahwin

  1. LINA

    September 5, 2008 at 9:04 am

    best dapat membaca cerita ni boleh jadi panduan utk sya yg tak lama lagi nak khawin

     
  2. nik

    Mac 1, 2009 at 3:21 am

    assalamialaikum..bla nak adakan majlis, rancanglah elok2..buat sekadar yg mampu..biar majlis yang dirai,mendapat berkat dariNya..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: