RSS

Sebatang Kara di D 2.1

11 Jun

Ah, bosannya…. Hendak berbicara dengan teman sebilik, selalu sahaja mereka tiada. Dua orang rakan sebilik berasal dari Fakulti Kejuruteraan UIAM. Seorang dari Jabatan Komunikasi dan seorang lagi dari Jabatan BioTeknologi.

Difikirkan dalam- dalam, salah saya pun ada juga. Semester pendek ini hanya berjaya mendapat satu subjek manakala dua rakan ini mendapat dua subjek. Akibatnya, saya merupakan penghuni yang paling lama berada di hostel Ali, D. 2.1.

Kalau bosan, boleh main permainan komputer. Kalau tidak bermain game, menulis dan menulis sehingga kekeringan idea. Kalau tidak menulis, membaca, membaca dan teruskan pembacaan sehinggalah buku pula yang membaca saya.

Siang atau malam, sama sahaja. Selalu sahaja saya akan ditinggalkan di dalam bilik ini seorang diri. Kalau waktu siang, mereka pergi menuntut ilmu. Saya pula sudah tamat kelas.

Di waktu malam, masing- masing sibuk mengulang kaji pelajaran. Maklumlah, ujian akhir penggal di UIAM akan bermula pada Isnin depan. Apabila malam sudah semakin larut, kedua- dua mereka akan hilang sekali lagi.

Seorang akan pergi menonton perlawanan bola sepak sepanjang musim Euro 2008, seorang lagi menghilang entah ke mana. Tinggallah saya sebatang kara di dalam bilik ini.

Mungkin saudara akan fikir saya ini gila. Tetapi kebosanan saya pernah mengakibatkan saya bercakap seorang diri. Dinding, almari, tingkap, komputer riba, telefon bimbit, buku- buku; ini antara “pendengar- pendengar setia” sewaktu saya keseorangan.

Agaknya saya pun kena keluar mencari teman sekepala, supaya tidak ditinggalkan seorang diri lagi. Namun pada ketika inilah saya rasa tenang, sunyi dan masa yang sesuai untuk menulis, tiada gangguan.

Kalau lagu “Sendiri” dendangan Jamal Abdillah mengenai nasib diri yang hidup sebatang kara tanpa sesiapa, saya pula perlu menjalani hidup sendirian pada waktu- tertentu.

Hendak kata saya sendiri, tidak boleh juga. Ada satu peristiwa baru sahaja terjadi baru- baru ini di bilik saya.

Waktu sudah agak lewat, saya menaip dan hanya membiarkan lampu di atas meja sahaja yang terbuka. Saya seorang ketika itu tetapi saya terdengar ada bunyi orang berjalan di dalam bilik.

Adakah saya sendirian?

 
2 Komen

Posted by di Jun 11, 2008 in Kisah Hidup

 

2 responses to “Sebatang Kara di D 2.1

  1. marahman

    Jun 12, 2008 at 1:46 am

    Adakah sendirian itu merupakan satu penyiksaan?????….

     
  2. sumpittsauber

    Jun 15, 2008 at 6:10 am

    saya ingat saya sorang je yg akan mati kebosanan… tapi layan games online lama2 pun boleh bosan jugak

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: