RSS

Penindasan Ke Atas Graduan Bertudung

18 Jun

Setiap bulan, kita menyaksikan institusi pengajian tinggi awam atau swasta, tempatan atau di luar negara melahirkan ribuan mahasiswa dan mahasiswi yang menamatkan pengajian masing- masing setelah berhempas- pulas selama beberapa tahun.

Kemudian, graduan- graduan ini akan berlumba- lumba mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang mereka ada. Apabila mereka telah diterima untuk bekerja, maka mereka bertemu rakan baru dan pesaing mereka.

Ada individu yang melayan individu lain di tempat mereka bekerja secara adil dan saksama, namun masih terdapat segelintir individu yang sengaja menindas rakan sepejabat mereka atas sebab agama dan kes sebegini terjadi kepada saudara saya sendiri.

Seorang saudara saya baru sahaja menamatkan pengajian Undang- Undang dari sebuah universiti terkemuka tempatan dan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang agak baik.

Beliau menerima pendidikan dari sekolah agama. Oleh yang demikian, imej seorang Muslimah memang dapat dilihat pada saudara saya ini. Beliau juga pernah beberapa kali mewakili universiti bagi pertandingan mut (moot) di dalam dan di luar negara.

Walaupun kes sebegini boleh dianggap kes terpencil dan hanya berlaku kepada seorang individu, saya berharap ada pihak yang membuka mata akan apa yang sedang terjadi di dalam pekerjaan di dalam sektor swasta di negara ini sebelum ia menjadi lebih parah.

Saudara saya berkata hanya pada hari temuduga sahaja beliau memakai tudung dan baju yang sedikit ketat agar diterima di syarikat berkenaan. Kemudian, beliau menjalani latihan praktikal dan memakai pakaian seperti yang disyariatkan oleh Islam.

Apa yang saya kesalkan, beliau telah ditindas oleh rakan sepejabat sewaktu melalui latihan praktikal di sebuah organisasi undang- undang di ibu kota sehingga mengakibatkan beliau tidak diterima bekerja di syarikat itu atas alasan bertudung dan memakai pakaian seperti seorang Muslimah.

Di dalam keadaan sekarang yang harga semuanya melambung, seseorang memerlukan pekerjaan bagi mendapatkan upah untuk menyambung kehidupan.

Persoalannya, adakah saudara saya perlu menggadaikan beberapa prinsip yang telah digariskan oleh Islam semata- mata untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung kos hidup yang semakin tinggi?

Ini jelas menunjukkan syarikat terbabit bukan sahaja telah menidakkan hak saudara saya sebagai seorang wanita yang beragama Islam tetapi juga telah mencabuli hak kemanusiaan bagi diri beliau.

Saya merayu agar pihak berwajib “turun padang” dan menyiasat perkara ini. Lakukan pemeriksaan mengejut sekiranya perlu agar kes sebegini tidak berlaku lagi kepada mana- mana wanita Islam di negara ini.

Sungguhpun sesuatu akta yang digubal itu mampu menghukum sesiapa sahaja yang melakukan penindasan ke atas penganut agama lain, penguasaannya tidak akan efektif seandainya tiada pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.

 
1 Komen

Posted by di Jun 18, 2008 in Media & Orang Ramai

 

One response to “Penindasan Ke Atas Graduan Bertudung

  1. Bayan

    Jun 19, 2008 at 4:27 am

    Bagaimana agaknya tindakan yang akan diambil oleh pihak yang berkenaan apatah lagi jika majikan tempat kerja tersebut bukan Islam.

    Adik saya diminta menanggalkan tudung semasa temuduga sebagai pekerja separuh masa di kedai jeans levis di Mid Valley. Dan semasa bekerja di Jusco pula, tudung yang dikenakan memperlihatkan sebahagian daripada lehernya. Kata adik, ini prosedur tudung yang harus dipakai.

    Dengan siapa hal ini harus dirujuk?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: