RSS

Pensyarah Mesti Menulis dan Menerbitkan Buku!

18 Jun

Alhamdulillah, hanya sedikit masa sahaja lagi saya dapat menghabiskan membaca buku bertajuk “Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku”. Hanya tinggal suku sahaja lagi, InsyaAllah selepas ujian hari Sabtu ini saya dapat menghabiskan buku ini.

Penulis buku tersebut, Tuan Nazrul Samsudin telah memberikan saya buku ini seikhlas hati sewaktu membuat lawatan ke pejabat PTS Publications and Distributors pada bulan lepas. Terima kasih Tuan!

Dalam banyak- banyak topik yang dikupas di dalam buku ini, saya amat tertarik dengan topik yang bertajuk “Anda Pensyarah?: Terbit Sendiri Buku Rujukan Untuk Pelajar Anda”.

Apabila seseorang itu telah berjaya menamatkan PhD., beliau akan memperoleh pangkat “Dr.” di mana pangkat ini akan menentukan taraf gaji, faedah dan status sosial di mata masyarakat.

Untuk mendapatkan pangkat seperti “Profesor Madya” dan “Profesor”, mahu atau tidak mereka yang bergelar “Dr.” ini mesti membuat pelbagai kajian dan menulis buku dan artikel.    

Ada beberapa mitos yang melumpuhkan semangat para pensyarah daripada menulis dan menerbitkan buku mereka.

Pertama, mereka tidak tahu bagaimana ingin menerbitkan karya mereka kerana tiada pendedahan atau jarang didedahkan mengenai menulis dan menerbitkan buku.

Ada juga pensyarah yang ditakut- takutkan oleh pihak tertentu dengan mengatakan menenrbitkan buku memakan belanja yang besar.

Ditambah pula dengan proses yang rumit dan lama, maka golongan pensyarah tidak jadi untuk menerbitkan buku mereka sendiri. Ada penulis terpaksa menunggu bertahun- tahun lamanya bagi melihat buku mereka berada di pasaran. Setahun, dua tahun, lima tahun mungkin lebih lama lagi.  
 
Kalau saudara menerbit sendiri, saudara menentukan sendiri bilakah masa yang terbaik bagi menerbitkan buku yang saudara tulis.

Dari segi kos pula, ia tidaklah semahal seperti yang disangka. RM4000 merupakan kos minimum bergantung kepada promosi, mereka bentuk grafik, menyunting manuskrip dan lain- lain.

Itu kalau terbit sendiri. Kalau mahu terbit bersama penerbit lain, pergilah kepada penerbit universiti ataupun Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mengapa pensyarah mesti menulis dan menerbitkan buku? Tujuan utamanya adalah untuk membantu pelajar supaya lebih memahami apa yang diajar oleh para pensyarah.

Saya tidak faham mengapa ada sesetengah pensyarah yang memaksa pelajar menyalin apa yang diajar semasa di dalam kelas. Apa salahnya kalau mereka bukukan semua nota yang diajar di dalam kelas ke dalam bentuk buku.

Kalau pensyarah menerbitkan buku mereka sendiri, mereka bukan sahaja dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran, tetapi pensyarah dapat memnambah duit poket sendiri.

Ada sesetengah pensyarah yang menunjukkan slaid pembentangan kemudian menyuruh pelajar fotostat semua slaid tersebut. Apa yang akan jadi kepada nota- nota fotostat ini setelah peperiksaan semester tamat?

Sama ada nota itu akan menjadi perhiasan berhabuk di bilik, hilang entah ke mana- mana ataupun ia akan dipinjam atau dijual kepada orang lain. Tidak ramai akan menyimpan kerana ia hanya sebuah nota.

Kalau nota itu dibukukan, sudah tentu pelajar akan menjaganya dengan elok kerana buku mempunyai rupa yang lebih elok daripada nota. Perasaan untuk mencampakkan buku ke mana- mana susah berlaku kerana ia dibeli dengan harga yang mahal.

Kepada pensyarah yang sedang membaca entri ini… Ha, bila lagi mahu menulis dan menerbitkan buku tuan?

 
3 Komen

Posted by di Jun 18, 2008 in Penulisan

 

3 responses to “Pensyarah Mesti Menulis dan Menerbitkan Buku!

  1. aliman

    Jun 18, 2008 at 1:55 pm

    Saudara mohon izin,

    Jadi sesiapa mahu beli buku ini (khususnya pensyarah) boleh klik http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

     
  2. sephia

    Disember 21, 2008 at 12:35 pm

    thanks to penulis…
    alot of info.. n guidance to me…
    keep in touch k??

     
  3. writerdruid

    Disember 21, 2008 at 12:54 pm

    Sama- sama Sephia! Salam perkenalan, tak sangka emel saudari mempunyai nama salah seorang pensyarah saya. Apapun, ya, harap we will be in touch k🙂

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: