RSS

Menulis Kepada Media

20 Jun

Ah, seronoknya dua hari lepas. Saya terima pelbagai ucapan tahniah daripada staf PR dan rakan- rakan kerana artikel saya berjaya keluar di Utusan Malaysia bertarikh 18.6.2008.

Untuk pertama kali di dalam hidup, artikel saya diterbitkan dengan diberi ruang yang agak besar di bahagian forum. Alhamdulillah… Artikel tentang kekurangan lelaki di semua institusi awam di Malaysia.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu kerana turut menyumbang sedikit idea sehingga artikel itu boleh dibaca oleh khalayak umum.

Jutaan terima kasih kepada mentor saya, Tuan Zamri Mohammad. Kerana “semburan” beliau beberapa bulan lepas membangkitkan semangat saya untuk menulis kepada media pula.

Terima kasih kepada “si dia” kerana memaksa saya menulis isu lelaki di IPTA. Terima kasih kepada Abang Azhari. Selama dua jam saya telah menggunakan komputer beliau untuk menaip dan kemudahan Internet digunakan untuk menghantar isu tersebut ke Utusan.

Ada seorang staf PR berkata, “Abang dah hantar banyak artikel kat suratkhabar, tak pernah keluar pun.” Muka beliau nampak sayu sahaja…

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa petua yang boleh diamalkan supaya artikel saudara mampu mendapat tempat di dalam media- media tempatan dan luar negara.

Sebelum menulis sesuatu, kaji dahulu sesuatu isu. Penulis haruslah peka dengan keadaan sekeliling dan bukan menulis semborono sahaja.

Pada setiap minggu, media akan mencipta satu tema di mana tema itu akan menjadi “buah mulut” orang ramai sepanjang minggu itu.

Walaupun isu tersebut sememangnya popular dan hangat sepanjang masa, menulis perlu mengikut musim. Kalau minggu tersebut orang sibuk tentang isu minyak, janganlah pula menulis tentang isu disiplin pelajar di sekolah walaupun isu tersebut adalah isu “evergreen”.

Kalau saudara pandai mencari tema itu lalu saudara mengupas isu tersebut dengan baik, berkemungkinan besar surat saudara bakal diterbitkan. Biasanya, surat berbentuk aduan juga mudah diterbitkan.

Kalau isu tersebut sudah berpotensi untuk dikeluarkan di dalam suratkhabar atau majalah, pengolahan dan penulisan juga memainkan peranan yang penting. Sekiranya penulisan lemah tetapi isu hangat, susah juga untuk diterbitkan.

Untuk mengatasi kelemahan sewaktu berkarya, rajin- rajinlah membaca. Kalau perlu, belilah buku yang boleh menggilap penulisan saudara. Anggaplah ia juga satu bentuk pelaburan di masa akan datang.

Bergurulah dengan mereka yang pandai menulis. Harus diingatkan, walaupun seseorang itu mempunyai pelbagai pangkat seperti “Dr.”, “Profesor Madya” dan “Profesor”, tidak beerti beliau boleh menulis.

Sesetengah daripada mereka membuat buku tetapi tiada siapa yang mahu membaca buku tersebut kerana buku mereka hanya boleh difahami oleh orang- orang yang bertaraf pendidikan tinggi sahaja.

Seandainya artikel saudara ditolak, buatlah bedah siasat. Jangan rasa putus asa sebaliknya cuba, cuba dan terus mencuba lagi sehingga berjaya.

Tip- tip yang saya letakkan di sini hanyalah sedikit. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut, lakukan “penjelajahan” mencari rahsia penulisan yang baik.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 
2 Komen

Posted by di Jun 20, 2008 in Penulisan

 

2 responses to “Menulis Kepada Media

  1. hartini omar

    Jun 23, 2008 at 6:31 am

    tuan penulis, dengan keizinan..
    maaf saya bertanya. apakah perbezaannya tulisan kita dibaca di akhbar, dengan dibaca di skrin2 komputer? adakalanya pihak akhbar memilih tulisan yg ‘mahu’ mereka keluarkan tanpa mengira kualiti, ‘authenticity’ dan kebenaran.. lebih ramai yg mahu dan mampu menulis kerana benar, namun tulisan mereka jarang tersiar..

    apapun tahniah untuk tuan, andai tersiarnya tulisan tuan di utusan itu tuan anggap sebagai kejayaan. satu pesanan dari saya, teruskanlah menulis bukan kerana nama…

    just my 2 cents!
    terima kasih

     
  2. aliman

    Jun 25, 2008 at 7:25 pm

    Saudara Aliff, izinkan saya menjawab soalan cik Hartini Omar

    Perbezaan antara akhbar dan internet adalah jumlah pembaca yang membacanya. Utusan Malaysia mempunyai sekitar 300,000 pembaca setiap hari. Purata bacaan dalam blog bagi individu biasa sekitar 100-200 sehari. Bergantung kepada pembinaan kredibiliti, fokus subjek dan tempoh penglibatan.

    Kedua, setiap akhbar mempunyai ruang yang terhad. Maka isu news value menjadi penentu kepada pemilihan hasil tulisan. Meskipun ia sebuah tulisan yang baik tidak semestinya akan diterima bagi tujuan terbitan.

    Adakalanya ia dihantar pada penerbitan yang tidak sesuai dan tidak mengkaji ruang yang diberikan sehingga ada menulis berjela-jela. Ini menjadikan editor terpaksa menolak dan memfokuskan penulisan yang memenuhi kriteria ruang yang diberi.

    Ada editor yang menyimpan tulisan yang baik sehingga sebulan dua bagi disiarkan pada tempoh yang sesuai.

    Isu politik pejabat, kepentingan pihak tertentu dan dasar dalam perjalanan akhbar tidak dinafikan. Tetapi usaha menulis bagi memenuhi tanggungjawab sosial perlu diteruskan meskipun berhadapan penolakan oleh sidang editorial. Masih wujud lagi orang-orang berjuang dalam akhbar yang sengaja membuka ruang-ruang diskusi. Konsep ini difahami oleh orang media dengan istilah Show Do Not Tell

    Sebagai asas mungkin cik Hartini boleh mengambil subjek News Writing dan Feature Writing di bawah kuliah Komunikasi UIAM

    Itulah sedikit pandangan saya berkaitan soalan ini.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: