RSS

Hidup Aku Tanpa Bibik

09 Jul

Untuk selama ini saya hidup dengan semua kerja rumah dilakukan oleh orang gaji, bermula pada Ahad lepas saya sudah menginjak ke alam kehidupan baharu yakni hidup tanpa ketiadaan orang gaji.

Ibu yang baru membasuh sehelai seluar sekolah adik saya dua malam lepas mengeluh sakit seluruh badan. Kalau saya ada di rumah, mahu dekat sejam memicit seluruh badan ibu.

Tidak sempat pula saya mengetahui perkembangan terbaru adik- adik di rumah selepas ketiadaan Bibik.

Kalau duduk, sebiji pinggan pun malas hendak basuh. Kini, kalau tidak basuh pinggan makan sendiri kena bebel dengan ibu.

Baik air dan tenaga eletrik, memang kami diajar untuk tidak membazir. Kalau guna dan terlupa untuk tutup, kena marah dan kena tegur.

Mengapa Bibik sudah tiada lagi? Ibu memberhentikan Bibik bukan kerana tiada duit untuk membayar gaji beliau tetapi kerana tidak puas hati dengan kualiti kerja yang diberikan.

Dibayar RM380 sebulan (datang pada sebelah malam sahaja, lima hari dalam seminggu), tetapi sapu rumah tidak bersih, gosok baju masih berkedut, suka membazir air dan eletrik. Hmm… Kerja umpama melepaskan batuk di tangga.

Pagi pergi kerja di kantin sekolah, kemudian petang pula bekerja secara percuma di rumah jiran yang terletak di berdekatan dengan kawasan perumahan saya.

Sudah dikerah tenaga habis- habisan, sudah tentu apabila membuat kerja di rumah kami Bibik tidak boleh bekerja dengan elok.

Difikirkan kembali, lebih baik duit itu digunakan oleh kami berenam daripada membayar orang yang menghasilkan kerja yang tidak berkualiti.

Hmm… Sedikit payah juga selepas ini. Selama ini ada orang gaji, tiba- tiba tiada. Awal- awal memang susah, tetapi hidup mesti diteruskan. Kalau orang lain boleh buat kerja rumah tanpa orang gaji, InsyaAllah kami bereenam juga boleh melakukan.   

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 9, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: