RSS

Malu la… Takut la…

09 Jul

Baca blog mentor saya mengenai kedatangan Steve Shapiro buat pertama kalinya ke Kuala Lumpur. Penulis yang terkenal ini menanggap diri beliau gagal kerana ketiadaan orang untuk bangkit bertanya soalan. Hakikatnya, itu adalah satu realiti di Malaysia.

Barangkali, beliau terkejut dengan kejutan budaya ini. Tertarik saya untuk bercerita mengenai isu malas, malu dan takut bertanya semasa menuntut ilmu.

Pengunjung MPH yang senyap sahaja semasa ceramah disampaikan membuat si penulis merasa diri beliau seorang yang gagal.

Seorang rakan saya dari Amerika Syarikat, Nabeelah Naeim pernah berkata adalah suatu yang pelik melihat suasana pembelajaran di sini yang menerima 100 peratus apa yang diutarakan oleh golongan pendidik.

Nabeelah menambah kalau di sekolah beliau yang lama, adalah menjadi suatu lumrah untuk pelajar berlumba- lumba bertanya soalan.

Sehingga ke tahap pelajar sanggup bergaduh dengan tenaga pengajar berhubung percanggahan idea. Namun, ia hanya perbalahan hanya bertahan sepanjang kelas pengajian sahaja. 

Bekas pensyarah saya, Dr. Sulaiman Dufford mengeluh panjang apabila beliau bercerita mengenai perangai masyarakat Malaysia apabila menuntut ilmu.

Beliau berkata, “Saya dan rakan- rakan pendidik dari luar negara telah kehabisan idea bagaimana hendak membuatkan pelajar Malaysia bercakap di dalam kelas.”

Sewaktu saya di sekolah rendah dan menengah, saya memang seorang yang pendiam. Hanya becok apabila bertemu dengan rakan sekepala. Sehingga guru sekolah saya menyifatkan saya seperti seorang perempuan kerana memiliki suara yang perlahan dan pendiam.

Mulut saya mula aktif bersuara di dalam kelas semasa di universiti. Semuanya gara- gara si pensyarah menawarkan markah tambahan kalau rajin bertanya di dalam kelas.

Kadang- kadang apabila sudah kekeringan idea untuk bertanya, mulalah tanya soalan yang merapu.

Mungkin sistem pendidikan di negara ini sedikit sebanyak membelenggu minda dan pemikiran pelajar- pelajar Malaysia dari dulu lagi. Kita disogokkan dengan budaya menyalin dan menerima apa sahaja yang diajar sejak di bangku sekolah.

Akibatnya, budaya ini terbawa- bawa sehingga ke peringkat awal remaja. Sebilangan besar lelaki dan perempuan sememangnya malu dan takut untuk bertanya. Pepatah berbunyi, “Malu bertanya, sesat jalan” nampaknya tidak mampu menyedarkan kita lagi.

 
1 Komen

Posted by di Julai 9, 2008 in Kisah Hidup

 

One response to “Malu la… Takut la…

  1. Zamri Mohamad

    Julai 11, 2008 at 1:25 am

    Petikan Universiti PTS

    http://universitipts.com/index.php/site/comments/book_talk_mengapa_audiens_tempatan_pasif/

    Tuan Zamri Mohamad melaporkan tingkah laku orang Malaysia, (baik Melayu, Cina ataupun India) yang pasif apabila mendengar ceramah book-talk. Baca di sini.

    Dalam kes yang disebut oleh Tuan Zamri, pengarang yang menyampaikan book-talk itu adalah Top Writer di Amazon.com. Namun, tidak sepatah pun hadirin mengemukakan pertanyaan kepada beliau.

    Tingkah laku ‘verbal’ adalah tingkah laku kultural (cultural). Kultur Amerika adalah amat verbal sifatnya. Bakat verbal amat dihargai dalam budaya Amerika. Dalam organisasi Amerika, hampir mustahil orang yang ‘berat mulut’ dapat naik pangkat!

    Dalam budaya lain, ada peraturan-peraturan ketat yang mengawal tingkah laku verbal.

    Sebagai contoh, orang-orang Islam tidak digalakkan bercakap melainkan ada perkara baik yang mahu diperkatakannya.

    Dalam budaya Melayu, apabila berada dalam majlis, orang muda tidak digalakkan bercakap jikalau dalam majlis itu ada orang-orang tua. Biarkan orang tua-tua bercakap, orang muda mendengar sahaja.

    Dalam sesetengah budaya, orang yang pendiam dipandang sebagai orang yang bodoh. Dalam budaya lain, orang yang pendiam dipandang sebagai orang yang baik, tahu adab sopan, berbudi bahasa, alias orang yang mulia.

    Bagi orang Amerika, apabila dia berceramah, dia mahukan hadirin banyak bertanya kerana itu adalah bukti bahawa ceramahnya menarik minat mereka.

    Justeru, apabila audiens Malaysia tidak mengemukakan sepatah pun pertanyaan, orang Amerika itu berasa kecewa dan malu dengan dirinya sendiri sebab dia berasa dia telah gagal menyampaikan ceramah yang menarik.

    Dalam budaya Korea, perbuatan banyak bertanya soalan kepada penceramah yang berilmu dilabelkan sebagai ‘tidak tahu menghormati orang berilmu’. Jadi, sebagai tanda seseorang itu menghormati guru ataupun penceramah, dia hendaklah tekun mendengar sahaja.

    Barangkali dalam budaya orang Malaysia (Melayu, Cina dan India) peraturan verbal yang serupa dengan budaya Korea juga berlaku, di mana orang yang banyak bertanya kepada penceramah dianggap tidak menghormati penceramah itu.

    http://www.zamrimohamad.com

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: