RSS

Berdepan dengan Peniaga Buta Ekonomi

18 Jul

Kalau pada semester- semester yang lepas, surat khabar seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia boleh dibeli di kiosk di dalam UIAM pada bila- bila masa sahaja. Sekarang, baru pukul 12 tengah hari, akhbar- akhbar ini sudah tiada lagi.

Yang tinggal hanyalah akhbar Harian Metro dan Kosmo. Memanglah surat khabar ini masih ada lagi, tetapi saya lebih suka membaca Berita Harian atau Utusan Malaysia kerana intipati dan isi yang lebih padat dibandingkan akhbar- akhbar tabloid tersebut.

Jadi, saya telah pergi ke sebuah kiosk yang diusahakan oleh bangsa Melayu untuk membuat pembayaran bagi mendapatkan akhbar Berita Harian selama seminggu.

Pergi ke kedai orang Melayu, bertujuan untuk menolong bangsa sendiri. Namun, respons yang saya terima agak mengecewakan.

Selama 22 tahun saya hidup di atas dunia ini, saya tidak pernah lagi menemui pengusaha Cina yang menyuruh pelanggan mengisikan setiap butiran diri di dalam invois perniagaan.

Hakikatnya, itulah yang saya terpaksa lakukan. Walaupun saya hanya perlu mengisi lima tempat kosong di dalam invois tersebut, tetapi kerja tersebut harus dilakukan oleh peniaga, bukan pembeli.

Kalau ada perjanjian yang ingin dibuat, si peniaga akan mengisi invois manakala si pembeli hanya menurunkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan berlakunya urusan jual beli.

Saya tidak tahu siapa yang mengajar pengusaha kiosk ini akan teori pembeli melakukan kerja si peniaga.

Kalau saya kenalan rapat kepada peniaga itu, mungkin saya tidak kisah mengisi semua butiran tersebut. Namun, saya dan peniaga itu tidak mempunyai sebarang pertalian saudara ataupun kawan. Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

Apa yang lebih mengecewakan, peniaga ini menyuruh saya mengangkat beberapa barang untuk diletakkan di atas rak. Di dalam hati saya bertanya, “Sejak bila aku jadi kuli engkau?”

Kalau di dalam bisnes mamak, mereka memang tidak suka pelanggan mereka mengambil makanan sendiri kecuali mereka meletakkan papan tanda yang tertera perkataan ini “Self- Service/ Layan Diri”.

Bagi mereka, pelanggan adalah raja kerana pelanggan membayar upah gaji mereka. Setiap pengusaha bisnes mesti mempunyai sedikit ilmu akan selok- belok dunia perniagaan.

Kalau ilmu masih cetek, timbalah sebanyak yang mungkin. Jangan hanya fikir ingin membuat keuntungan sehingga kebajikan pelanggan diabaikan. Janganlah kerana kebodohan diri sendiri menyusahkan orang lain pula.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 18, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: