RSS

Cabar Kemampuan Sendiri!

18 Jul

Baru sahaja dua minggu saya memulakan semula pengajian di UIAM, namun saya seperti tidak pandai mencari masa bagi mengemas kini blog ini.

Apa pun selagi ada kesempatan bagi mencoret sedikit tinta di ruangan ini, InsyaAllah saya akan terus menulis, menulis dan terus menulis.

Perkembangan hidup? Saya pernah membaca sebuah kenyataan daripada seorang tokoh di dalam buku “Kuasa Hijrah: Kuasa Untuk Berubah”.

Tokoh berkenaan berkata setiap hari beliau akan mencabar diri sendiri bagi meningkatkan kemajuan di dalam hidup.

Mentor saya pernah menegur saya kerana mengamalkan gaya hidup yang statik. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan produktiviti kerja saya sama sahaja. Pergi ke kelas, mengemas kini blog dan menulis untuk PRO UIAM. Itu sahaja, tiada peningkatan.

Setelah kena “sembur” oleh Tuan Zamri, barulah ada sedikit kemajuan. Lebih kurang setahun yang lalu, saya telah dipelawa oleh mentor saya untuk menulis buku namun projek berkenaan tergendala di tengah jalan.

Alhamdulillah, bulan ini saya menerima sebuah projek menulis buku daripada syarikat PTS untuk bacaan kanak- kanak dan remaja. Malah, kini saya sedang menyiapkan sebuah kertas cadangan bersama seorang lagi penulis bagi buku kedua pula.

Apabila masa 24 jam ini dirasakan sempit dan tidak larat bagi melakukan semua kerja di dalam satu masa, maka pengorbanan perlu dibuat.

Saya telah pun meninggalkan sebuah kelab di bawah Jabatan Komunikasi UIAM bagi menumpukan kerja di PRO UIAM, untuk menyiapkan manuskrip buku pertama dan kertas cadangan buku kedua.

Di samping itu, kini saya sudah mula kembali menulis di ruangan surat daripada pembaca di dalam akhhar Berita Harian dan Utusan Malaysia setiap minggu.

Surat tersebut keluar atau tidak, saya tidak peduli namun ruangan tersebut saya gunakan bagi mempertajamkan lagi penulisan dan setiap surat saya yang keluar di situ akan saya simpan dan digunakan bagi menguatkan lagi resume untuk meminta kerja.

Kalau bukan kerana teguran daripada Tuan Zamri dan sedikit ilmu daripada buku tersebut, mungkin saya masih lagi diri saya yang dahulu. Tiada kemajuan di dalam hidup dan keras, statik.

Kita mesti menerima cabaran dan sanggup mengahadapinya sebaik mungkin. Cabaran dan masalah membuatkan seseorang pandai dan matang apabila ditimpa kesusahan seandainya dia mempelajari sesuatu.

Kita tidak boleh hidup dengan menjalankan rutin biasa setiap hari untuk satu tempoh yang lama. Oleh itu, cabarlah diri sendiri!

 
Tinggalkan komen

Posted by di Julai 18, 2008 in Kisah Hidup

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: