RSS

Monthly Archives: Ogos 2008

Pantun Sempena Ramadan Al- Mubarak

Gendang gendut tali kecapi,
Ramadan menjelma rasa girang di hati.

Pergi berkelah membawa tikar,
Tikar kepunyaan Pak Desa,
Janganlah kita terlupa dan terleka,
Mengerjakan ibadah kepada Yang Maha Kuasa.

Pisang emas dibawa berlayar,
Sambil makan janganlah dilupa mereka yang terbiar.

Islam bukanlah agama rumit,
Mudah dan sesuai di semua tempat,
Basahkanlah lidah dengan tasbih, takbir dan tahmid,
Disulamkan bersama ibadah wajib dan sunat.

Mohd Aliff Mohd Nor
29.8.2008
12.42 am

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 31, 2008 in Kisah Hidup

 

Roh Patriotisme

Semalam 31 Ogos 2008. Semalam membawa erti Malaysia sudah 51 tahun mencapai kemerdekaan. Sambil memandu, pelbagai lagu bertemakan kemerdekaan berkumandang di corong- corong radio.

Oleh kerana tidak banyak jumlah lagu berorakkan patriotik, maka lagu- lagu tersebut dimainkan berulang- ulang kali. Antara lagu yang saya gemari ialah “Warisan” nyanyian Allahyarham Sudirman.

Apabila diamati setiap baris di dalam lagu itu, memang kita dapat melihat Allahyarham memiliki sifat patriotik kepada negara yang begitu tinggi. Semangatnya boleh dirasa, seolah- olah ‘roh’ beliau ada bersama lagu itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 31, 2008 in Kisah Hidup

 

Antibodi Badan Menahan Virus Hujan

Sepanjang lima hari di UIAM, hujan turun mencurah- curah. Begitu juga dengan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur yang dilaporkan banjir akibat hujan. Bulan lepas, ramalan kaji cuaca menyatakan Malaysia akan mengalami musim panas berpanjangan sehingga September 2008.

Kalau tidak hujan, sudah tentu pagi itu harinya mendung sahaja. Hakikatnya, ia hanya satu ramalan. Ramalan itu sudah pun tersasar daripada apa yang dijangkakan. Hujan turun mencurah- curah dan rakan sebilik saya, Zariff sudah pun demam.

Mengingati peristiwa hujan yang berlaku sepanjang minggu ini, seperti biasa saya akan membonceng motorsikal Zariff untuk ke kuliah dan pesta konvokesyen UIAM. Dan kadang- kadang, hujan turun. Maka, badan kami basah kuyup kerana hujan.

Kalau bukan sebab perut kami lapar, memang kami tidak akan keluar membeli makanan sewaktu hujan sedang turun. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 29, 2008 in Kisah Hidup

 

Pentingnya 4P

Pada minggu ini, UIAM menyambut majlis konvokesyen yang ke- 24. Di mana- mana institusi pengajian sekalipun, majlis konvokesyen akan diiringi dengan pesta dan gerai- gerai yang menjual pelbagai barangan dan makanan sepanjang tempoh seminggu.

UIAM juga mengadakan pesta konvokesyen yang dinamakan STABAZ 2008 (Stall and Bazaar 2008). Sepanjang seminggu ini, gerai- gerai makanan yang berada di kolej dan kuliyyah hanya dibenarkan buka sehingga pukul 5 atau 7 petang sahaja.

Antara gerai makanan yang menarik perhatian ialah gerai makanan Leha Kel Food. Gerai ini merupakan cawangan daripada sebuah restoran Leha Kel Food di Taman Melati. Harganya boleh tahan, berbaloi dengan servis serta makanan yang diberikan.

Disebabkan restoran ini sudah pun mempunyai nama, maka tanpa rasa gusar saya terus pergi ke gerai itu. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di Ogos 29, 2008 in Bisnes, Kewangan dan Pengurusan

 

Aku Cakap Tak Nak, Tak Nak, Tak Nak!

Seperti yang dijangka, ramai orang akan terkejut dengan pendirian saya tidak mahu menjadi wartawan bagi televisyen atau surat khabar apabila sudah tamat pengajian nanti.

Baik ibu, teman yang rapat, kawan- kawan dan pensyarah semuanya bertanyakan mengapa saya memilih jalan sedemikian. Ikutkan hati, mahu sahaja saya menyuruh mereka membuka blog saya dan membaca entri bagi merungkai persoalan tersebut.

Antara ramai sahabat yang bertanya, ada seorang sahabat yang saya sempat bertukar pandangan mengenai kerjaya media di Malaysia. Ikuti perbualan kami di bawah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 28, 2008 in Kisah Hidup

 

Niat Menjadi Wartawan Mati

Kerjaya sambilan yang saya lakukan kini, News Seeker (Pencari Berita) menimbulkan minat untuk saya serius di dalam bidang penulisan. Akhirnya, saya meletakkan cita- cita untuk menjadi seorang wartawan setelah tamat pengajian di UIAM.

Boleh katakan hampir semua pensyarah di kuliah saya mengetahui pekerjaan sambilan saya ketika ini. Sehinggakan mereka berkata saya ini adalah “Future Journalist”.

Apabila orang luar sudah merasakan kita mempunyai potensi di dalam sesuatu bidang, ini mampu membangkitkan semangat kita untuk berusaha mencapai matlamat itu.

Tetapi ini adalah cerita dulu. Kini, hati saya sudah mula berubah. Kerjaya sebagai seorang wartawan di akhbar atau stesen televisyen tidak lagi menjadi pekerjaan yang saya kejar seperti dulu. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di Ogos 20, 2008 in Kisah Hidup

 

Egois

 “Awak, awak lagi suka perempuan tu approach awak atau awak approach perempuan tu?” tanya Haida.

Saya memandang ke muka rakan saya dan menjawab, “Mana- mana approach pun tak kisah. Kalau hendak jadi seorang gentleman, of course lelaki kena approach perempuan. Tapi zaman sekarang ada sahaja perempuan approach lelaki dulu.”

“Kalau awak, awak approach lelaki atau nak lelaki approach awak?”

Haida menjawab, “Kalau saya, dah tentu saya tunggu lelaki approach saya. Saya takkan terhegeh- hegeh pergi approach lelaki tu.” Terasa ada ego yang tebal di dalam wanita ini. 

Then, awak sanggup tunggu lelaki datang? Macam tu?” saya tanya dengan perasaan ingin tahu. Dia hanya diam membisu. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di Ogos 17, 2008 in Psikologi Perhubungan