RSS

Berhati- Hatilah Memilih Teman

01 Aug

Apa perasaan saudara apabila digandingkan dengan seseorang yang tidak mempunyai inisiatif atau cita- cita bagi mencapai sesuatu matlamat?

Ditambah pula dengan kerenah orang itu yang sentiasa memberikan alasan yang menyakitkan hati, adakah saudara akan gembira hidup dengan orang sebegitu?

Sudah tentu hanya perasaan kecewa yang bakal hinggap di dalam diri saudara dan seterusnya perasaan ini bakal bertukar menjadi kebencian atau kemarahan kepada seseorang.

Saya bukan bercakap isu ini daripada perspektif cinta sahaja tetapi di dalam soal melakukan sesuatu kerja, hatta di dalam membuat apa sahaja, kita perlu berhati- hati di dalam memilih pasangan.

Pengalaman menulis bersama seorang lagi penulis, membuka mata saya agar berjaga- jaga di dalam memilih pasangan menulis. Seeloknya, pemilihan penulis bersama harus dijalankan secara tegas dan adil, bukan atas dasar kasihan dan atas prinsip persahabatan.

Mungkin silap saya juga kerana tidak menyelidik rekod dan sejarah bakal penulis ini dulu. Rekod dan sejarah silam atau track record biasanya dibawa sebagai bukti dan bahan sokongan semasa menghadiri temuduga.

Apa yang bakal penulis ini telah lakukan? Saya tidak mahu menggunakan medium ini sebagai bahan untuk mengaibkan diri beliau sebaliknya cukuplah jika saya simpulkan orang tersebut tidak mampu memberikan komitmen untuk menulis buku seperti apa yang saya harapkan.

Kepada orang yang saya maksudkan itu, sedarlah. Apabila melakukan sesuatu secara berpasukan atau berpasangan, apa yang saudara kerjakan itu akan memberi kesan positif atau negatif kepada rakan sekumpulan.

Seandainya saudara membawa impak positif, bahan itu akan menjadi sebutan ramai dan banyak orang akan sibuk untuk menjadi ahli bersama saudara.

Seandainya saudara membawa kesan negatif, anggaplah agak sukar untuk orang mempercayai saudara dan ia bakal menghilangkan kredibiliti saudara sendiri. Ia bakal menjadi bahan umpatan ramai dan ramai orang bakal menjauhkan diri daripada saudara.

Lebih teruk lagi, bagi orang yang terasa dengan perbuatan saudara sudah tentu akan berasa takut kerana kejadian yang sama mungkin berulang sekali lagi.

Bagi sesetengah orang, mungkin mereka beranggapan setiap orang mempunyai peluang kedua bagi menebus kesilapan dulu. Ini semua bergantung kepada diri masing- masing. Tepuk dada tanya selera.   

Hakikatnya, bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan seseorang dan lebih sukar lagi bagi mengekalkan kepercayaan itu untuk satu tempoh yang lama.

 
1 Komen

Posted by di Ogos 1, 2008 in Kisah Hidup

 

One response to “Berhati- Hatilah Memilih Teman

  1. sean dexter

    Ogos 5, 2008 at 10:32 am

    Alif, let me lend you my shoulders. I will never anger if you if u want to cry till my clothes become wet….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: