RSS

Soalan Dr. Irfan Khairi dan Angan- Angan

05 Aug

Habis sahaja solat Maghrib, saya terus bergegas ke Dewan Kuliah 5, UIAM bagi mendengar cerita dan idea yang bakal disampaikan oleh jutawan muda, Dr. Irfan Khairi.

Sambil menyelam minum air. Pergi ke sana juga untuk mempelajari bagaimana seorang anak muda melakukan pembentangan yang mampu menarik begitu ramai orang untuk tidak berganjak daripada ceramah beliau.

Walaupun ia hanya berlangsung selama sejam, namun banyak input- input berguna yang saya ingin kongsi bersama saudara.

Dr. Irfan berkata, “Saya dulu seorang yang pemalu. Bagi saya, orang lain lebih hebat. Saya ini tidak punya apa- apa. Namun, ia semua berubah setelah saya membaca buku “Acres of Diamond”.

“Buku itu berjaya mengubah diri saya sehingga anda semua melihat siapa saya sekarang ini. Setiap hari, saya bertanya tujuh soalan kepada diri saya sendiri.”

“Soalan pertama, kalau anda mempunyai satu impian yang mampu menjadi kenyataan, apakah impian itu?”

“Soalan kedua, jika anda berupaya mencorak gaya kehidupan anda, apakah gaya hidup anda itu?”

“Soalan ketiga, seandainya anda mampu memiliki kalendar hidup anda sendiri, apakah kalendar hidup anda?”

“Soalan keempat, sekiranya anda menerima RM1 juta, apakah perkara pertama yang bakal anda lakukan dengan duit itu?”

“Soalan seterusnya, apakah pekerjaan yang boleh memberikan kepuasan, membawa keuntungan kepada anda dan membuatkan hidup anda sentiasa ceria melakukan kerja tersebut?”

“ Soalan keenam, kalau hanya tinggal enam bulan sahaja lagi masa untuk anda hidup, apakah yang akan anda lakukan?”

“Soalan yang terakhir, apakah cita- cita anda yang paling besar dan anda tidak akan gagal untuk mencapainya?

Tujuh persoalan yang membuatkan saya terfikir, termenung sejenak. Soalan- soalan intrapersonal sebegini membuatkan seseorang itu membayangkan jawapan yang bakal diisi untuk memenuhi soalan- soalan tersebut.

Ia berunsur kepada angan- angan yang kalau diletakkan di tempat yang betul, tidak mustahil angan- angan itu bakal menjadi kenyataan.

Hakikatnya, kalau tiada angan- angan mustahil manusia mampu mencipta pelbagai ciptaan yang kemudian memudahkan kerja orang lain di dalam kehidupan seharian.

Kalau kita melihat kartun Doraemon sebagai sesuatu yang melucukan, orang Jepun melihat kartun tersebut dari perspektif yang berbeza.

Mereka mencari idea untuk mencipta teknologi baru berdasarkan daripada kartun yang dihasilkan oleh mendiang Fujio F. Fujiko. 

Di dalam masyarakat orang Melayu, minda kita “dibasuh” dengan pelbagai cerita buruk mengenai angan- angan. Antara cerita yang popular ialah cerita Angan- angan Mat Jenin. Kalau Mat Jenin berusaha dan tidak berangan sahaja, dia mungkin sudah menjadi seorang yang kaya- raya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 5, 2008 in Motivasi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: