RSS

Empat Kriteria Sebelum Menonton Filem

11 Aug

Saudara selalu pergi ke pawagam untuk menonton filem? Sebelum saudara pergi ke sana, ada saudara melakukan sesuatu bagi mendapatkan sinopsis cerita yang ingin ditonton?

Kalau saudara bertanyakan saya, boleh dikatakan setiap bulan saya akan pergi menonton wayang. Purata kekerapan itu tidaklah sampai setiap minggu tetapi boleh dikatakan sekali dalam sebulan.

Kebiasaannya sebelum saya pergi menonton filem, adalah menjadi satu kewajipan bagi saya membuka laman web pawagam seperti Tanjung Golden Village atau Golden Screen Cinema untuk mengetahui ringkasan filem yang bakal saya tonton.

Seorang rakan menegur cara saya dengan berkata, “Kalau dah baca cite tu, tak best la. Dah tahu sikit jalan cite movie tu.”

Ada juga kebenaran apa yang kawan saya katakan itu. Kadang- kadang daripada sinopsis filem mampu menarik atau mematikan minat saya untuk menonton sesebuah filem.

Kalau tidak merujuk sinopsis filem yang disediakan oleh pihak pawagam, saya akan meneroka dunia web bagi membaca ringkasan filem yang akan ditonton.

Jika tidak, membaca kritikan dan komen yang disediakan di dalam majalah atau surat khabar sudah cukup membantu untuk memilih filem mana yang sesuai untuk ditonton.

Tetapi kalau filem itu memang saya nantikan kemuncilannya di pawagam, memang saya tidak akan membaca sinopsis filem tersebut sebaliknya dengan rela hati saya akan pergi ke pawagam yang berdekatan bagi menonton filem itu.

Kalau majikan menyenaraikan beberapa kriteria sebelum memilih seseorang untuk diterima bekerja, begitu juga saya.

Sebelum saya menonton wayang, saya akan melihat kepada tempoh tayangan filem berkenaan, plot filem tersebut, masa yang sesuai untuk menonton dan pendapat orang lain mengenai filem itu.

Biasanya kalau masa tayangan filem tidak sampai dua jam, saya lebih rela menanti filem tersebut disiarkan di ASTRO atau mencari filem itu di kedai atau memuat turun filem itu dari Internet sahaja.

Kalau plot filem itu mendatar dan saya boleh mengagak kesudahan filem itu, minat saya untuk menonton filem sebegini juga rendah kerana ia tidak mempunyai daya tarikan tersendiri.

Berkenaan dengan masa yang sesuai untuk menonton pula, saya tidak akan pergi menonton filem itu kalau ia masih baru dua minggu ditayangkan di seluruh tanah air.

Biasanya, harga bagi filem yang baru ditayangkan tidak boleh mendapat potongan harga kerana ia tergolong di dalam kategori filem blockbuster, bergantung kepada filem itu juga.  

Tanyalah kepada yang pakar. Jangan jadikan diri saudara sebagai orang pertama untuk menonton sesebuah filem sebaliknya biarkan orang lain menontonnya dahulu dan tanyakan pendapat mereka.

Ini bagi mengelakkan saudara menyesal apabila pergi menonton filem itu. Kita biasanya teruja untuk melihat atau membeli sesuatu selepas dihidangkan dengan iklan produk berkenaan tetapi kita juga sering tertipu selepas mencuba produk tersebut apabila ianya hanya indah khabar daripada rupa.

Ini antara pendapat mengapa saya rajin merujuk pelbagai tempat sebelum pergi menonton filem di pawagam. Kawan saya punya pendapat yang berbeza, mungkin saudara juga punya buah fikiran dan cara yang tersendiri.

Semuanya, terserah kepada saudara. Lain orang, lain caranya.

 
1 Komen

Posted by di Ogos 11, 2008 in Kisah Hidup

 

One response to “Empat Kriteria Sebelum Menonton Filem

  1. hartini omar

    Ogos 12, 2008 at 5:33 am

    purata saya menonton wayang adalah 2 kali sebulan. atau dalam kata lain sekali setiap dua minggu. selalunya apabila menonton, saya akan pilih hari rabu sebab tiketnya murah (rm6) atau hari selasa (rm7). dan apabila ke pawagam, selalunya saya menonton 2 atau 3 filem sekaligus

    saya meminati filem cereka dan drama. namun jarang sekali menonton filem melayu. bukan tidak suka, tapi rasa kurang berbaloi. cerita MUMMY baru2 ini pun tidak seperti yang dijangkakan. plotnya mendatar dan sangat membosankan.. x-files pun sama, cuma untung dapat melihat mulder dan scully yang saya gilai sejak sekolah rendah

    dark night? hebat! memang puas hati. sekarang sedang menanti2 harry potter yg bakal ditayangkan bulan 11 nanti

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: