RSS

Bos Seperti Hantu Raya

13 Aug

Seorang rakan dari Berita Harian berbisik kepada saya, “Hari tu dah buat press conference untuk jubah ni. Kenapa nak buat lagi sekali?”

Saya hanya menjawab, “Mungkin masih ada orang yang tak clear kenapa UIAM ubah konsep kot..”

Saya bertanya kepada salah seorang pegawai di situ apakah relevannya menunjukkan jubah terbaru UIAM sedangkan ia sudah dipersembahkan kepada wartawan sebelum ini. Pegawai ini hanya menjawab, “Biarlah.”

Saya terdiam. Pegawai sebegini seperti seekor burung kakak tua, hanya pandai mengikut arahan orang atasan tetapi tidak tahu tujuan di sebalik sesuatu kejadian. Tidak ubah seperti seekor hantu raya dengan tuannya. Hanya menurut perintah tuannya asalkan habuan untuk menghisap darah dipenuhi.

Seorang bos mesti mempunyai sebab dan alasan tersendiri apabila beliau melakukan sesuatu keputusan. Satu keputusan mampu memberikan impak kepada banyak pihak.

Membuat keputusan adalah satu tanggungjawab bos dan pekerja atau orang luar berhak bertanya mengenai keputusan yang dibuat oleh seorang bos.

Apabila keputusan dibuat oleh orang atasan dan dilaksanakan oleh orang bawahan tanpa memikirkan justifikasi sesebuah keputusan, inilah yang dipanggil “pak turut” dan “taat bodoh”. Hanya pandai mengikut kata- kata orang atasan dan tidak tahu tujuannya.

Janganlah berfikir untuk menjaga hati orang atasan sahaja. Seorang pekerja yang bertanggungjawab ialah pekerja kita yang patuh kepada orang atasan tetapi mengetahui secara mendalam apakah yang beliau lakukan dan tujuan utama beliau menurut perintah orang atasan.

Biarlah kita mendapat maklumat sebanyak mungkin untuk apa kita sumbangkan kepada syarikat supaya apabila orang mempersoalkan, kita mempunyai jawapan bernas untuk menjawab.

Harus diingatkan, meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada apa yang diperintahkan oleh bos kadang- kadang mampu mengundang bencana kalau tidak diselidik betul- betul.  

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 13, 2008 in Dari Kamar Office

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: