RSS

Egois

17 Aug

 “Awak, awak lagi suka perempuan tu approach awak atau awak approach perempuan tu?” tanya Haida.

Saya memandang ke muka rakan saya dan menjawab, “Mana- mana approach pun tak kisah. Kalau hendak jadi seorang gentleman, of course lelaki kena approach perempuan. Tapi zaman sekarang ada sahaja perempuan approach lelaki dulu.”

“Kalau awak, awak approach lelaki atau nak lelaki approach awak?”

Haida menjawab, “Kalau saya, dah tentu saya tunggu lelaki approach saya. Saya takkan terhegeh- hegeh pergi approach lelaki tu.” Terasa ada ego yang tebal di dalam wanita ini. 

Then, awak sanggup tunggu lelaki datang? Macam tu?” saya tanya dengan perasaan ingin tahu. Dia hanya diam membisu. 

“Awak tahu tak nisbah lelaki berkualiti dengan wanita berkualiti ialah 1: 16? Tu kat Selangor je. Tak masuk negeri lain lagi,” saya sudah mula berleter. Haida masih tidak memberikan sebarang respons, senyap sahaja.

Saya menyambung, “Kalau dah jadi situasi macam sekarang, takkan nak tunggu lagi kot… Kita pernah dengar pepatah “Takkan perigi nak mencari timba”. Zaman sekarang sorry, dah tak boleh pakai pepatah tu.”

“Saya ada kawan dah bercinta empat tahun sejak dari matrikulasi. Perempuan tu approach kawan saya dulu,” saya berkata.

“Eh, yeke?” muka Haida seolah- olah terkejut mendengar jawapan saya. 

Ramai orang menganggap bilangan perempuan melebihi lelaki. Hakikatnya, jumlah bilangan lelaki dan perempuan tidak jauh beza. Apa yang jelas ialah bilangan wanita yang berkualiti adalah lebih ramai daripada bilangan lelaki yang berkualiti.

Disebabkan fenomena sebegini, tidak menghairankan ada wanita yang berkerjaya sanggup hidup membujang, lebih rela memegang gelaran “andartu” (Anak Dara Tua) dan “andalusia” (Anak Dara Lewat Usia).

Situasi sebegini juga membuatkan sesetengah wanita berasa mereka sudah melakukan dosa besar kalau mereka yang memulakan perhubungan dengan kaum Adam. Secara tidak langsung, maruah dan ego mereka seperti jatuh kalau melakukan perkara tersebut.

Ini hanya sekadar pendapat saya. Kalau saudara sudah menyukai seseorang, cari jalan untuk mengenali orang tersebut dengan lebih mendalam. Buang perasaan ego saudara jauh- jauh. Perhubungan tidak akan berjaya kalau dari awal lagi kita sudah mempunyai perasaan sebegitu.

Jangan tunggu sehingga semuanya sudah terlambat, nanti menyesal. Janganlah pula memulakan sesuatu itu secara terburu- buru, nanti masalah lain pula yang timbul. Apa yang saudara fikirkan tidak akan sama seperti apa yang orang lain fikirkan.

Perkataan seperti “keajaiban”, “magis” ataupun pepatah berbunyi “Bagaikan bulan jatuh ke riba” adalah perkara- perkara yang sukar berlaku. Apa yang pasti, setiap perkara pasti ada habuannya kalau ada usaha ke arah matlamat tersebut.    

 

 
4 Komen

Posted by di Ogos 17, 2008 in Psikologi Perhubungan

 

4 responses to “Egois

  1. hartini omar

    Ogos 18, 2008 at 3:36 am

    salah satu dari SALAH TANGGAPAN masyarakat berhubung isu mencari jodoh (mengikut kajian dr. Fadzillah kamsah) ialah “jodoh tuhan yg beri jadi tak perlu cari”.. hakikatnya, baik lelaki mahupun perempuan berhak mencari jodoh yg sesuai buat diri mereka. tuhan juga takkan memberi sesuatu tanpa kita berusaha =p

     
  2. Forbidden Fantasy

    Ogos 18, 2008 at 6:47 am

    Jika wanita melamar lelaki agak janggal dan tidak elok dalam adat kemelayuan kita krn wanita sifatnya sopan dan lemah lembut,agak kasar rasanya perempuan melamar lelaki. dan bagi lelaki mungkin egonya tercabar ataupun dia berasa riak. ini sekadar pendapat tak wajib betul dan tak harus salah. Tetapi kalau matlamatnya jelas iaitu untuk membina rumahtangga insyaAllah teruskan lah…. (”,)…..

     
  3. orkid

    Ogos 20, 2008 at 5:40 am

    bagi penulis, adakah anda melamar gf anda dulu? atau anda menunggu disapa terlebih dahulu? cerita la sikit

     
  4. wuqing

    Ogos 27, 2008 at 7:41 pm

    “Awak tahu tak nisbah lelaki berkualiti dengan wanita berkualiti ialah 1: 16? Tu kat Selangor je. Tak masuk negeri lain lagi,”

    patut la aku “tak tahu yang mana satu”…
    ramai sangat yang berkualiti rupanya… =p

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: