RSS

Niat Menjadi Wartawan Mati

20 Aug

Kerjaya sambilan yang saya lakukan kini, News Seeker (Pencari Berita) menimbulkan minat untuk saya serius di dalam bidang penulisan. Akhirnya, saya meletakkan cita- cita untuk menjadi seorang wartawan setelah tamat pengajian di UIAM.

Boleh katakan hampir semua pensyarah di kuliah saya mengetahui pekerjaan sambilan saya ketika ini. Sehinggakan mereka berkata saya ini adalah “Future Journalist”.

Apabila orang luar sudah merasakan kita mempunyai potensi di dalam sesuatu bidang, ini mampu membangkitkan semangat kita untuk berusaha mencapai matlamat itu.

Tetapi ini adalah cerita dulu. Kini, hati saya sudah mula berubah. Kerjaya sebagai seorang wartawan di akhbar atau stesen televisyen tidak lagi menjadi pekerjaan yang saya kejar seperti dulu.

Kalau ingin menulis, saya lebih rela menjadi seorang penulis bebas. Berkenaan kerjaya pula, saya ingin menjadi wartawan di majalah. Ataupun bekerja di syarikat penerbitan buku ataupun memulakan kerjaya di kedai buku.

Apa yang menyebabkan saya berubah hati? Faktor pertama ialah masa kerja wartawan di akhbar dan stesen televisyen tidak menentu. Untuk saya, ia bukan menjadi satu masalah utama.

Tetapi saya memikirkan orang di sekeliling. Sudah bertanyakan kepada ibu, beliau menjawab “OK”. Tetapi saya tidak bekerja di situ lagi, sudah tentu jawapan sebegitu mudah untuk diberikan. Realiti sebenar belum berlaku lagi.

Faktor kedua pula ialah media di Malaysia. Bersifat berat sebelah yang melampau. Kalau sesebuah syarikat akhbar atau televisyen dipegang oleh sesebuah parti politik, akhbar itu menghidangkan berita- berita yang menyokong parti politik tersebut.

Yang melucukan, akhbar atau televisyen itu menggambarkan parti itu seolah- olah seperti dewa. Langsung tiada cacat cela. Apa yang dilakukan oleh parti yang berlawanan ideologi dengan parti ini, semuanya salah.

Salah satu prinsip yang perlu difahami dan diaplikasi oleh setiap wartawan ialah penulisan mereka sepatutnya tidak boleh dipengaruhi oleh mana- mana badan politik. Namun, prinsip itu hanya tinggal prinsip sahaja.

Apa yang lebih saya kecewa dengan media di Malaysia ialah berita yang disampaikan lebih mengutamakan siapa yang bercakap daripada isi di dalam berita tersebut.

Apabila orang berkepentingan menghadiri terlalu banyak program dan sibuk dengan pelbagai perancangan, maka mereka akan bercakap di setiap tempat yang mereka pergi.

Orang media pula mengekori ke mana sahaja mereka pergi. Apabila dalam sehari orang berpengaruh pergi ke empat buah tempat, maka sudah terlalu banyak bahan yang mereka katakan dan ditulis oleh media.

Kalau sudah terlalu banyak bercakap, isinya menjadi mendatar dan kosong. Secara tidak langsung, apabila berlaku kelewatan sesuatu rancangan, timbullah isu seperti pemimpin hanya pandai bercakap tetapi lemah dari segi penguatkuasaan.

Untuk bercakap pula kena mendapat restu daripada orang atasan supaya tiada percanggahan pendapat. Sebab itulah apa yang dicakapkan oleh pemimpin seolah- olah seperti mereka tiada idea yang luar biasa.

Siapa yang salah? Media atau pemimpin? Inilah faktor- faktor yang membuatkan minat saya untuk menjadi seorang wartawan di akhbar atau televisyen mati.

 
4 Komen

Posted by di Ogos 20, 2008 in Kisah Hidup

 

4 responses to “Niat Menjadi Wartawan Mati

  1. mirhans

    Ogos 21, 2008 at 1:12 am

    betul…saya setuju sangat. saya yg da garde berkelulusan journalist ni pun da patah hati ngn media tempatan. bias sgt..xtaulah nak teruskan cita-cita o biarkan ia tinggal kenangan. tapi secara luhur, saya amat mencintai bidang ini.

     
  2. nurulizz

    September 2, 2008 at 3:27 pm

    sgt stuju. kdg2 muak bace sokkabar sbb kalo bace, same je. mksudnyebalance tu xde. (er..mcm repeat ko ckp je ehekx) tp tulah hakikatnye ye x.

     
  3. Rhaila

    Oktober 16, 2008 at 4:51 am

    Tidak semua wartawan itu sama seperti apa yang Anda persepsikan. Bagi saya, profesi kewartawanan adalah sebuah pfofesi yang mulia. Tentunya, hal ini hanya bisa dilakukan oleh wartawan yang berpegang teguh pada nilai-nilai jurnalisme serta kode etik kewartawanan yang menjunjung nilai kejujuran dan menyampaikan kebenaran. Well, semuanya itu tergantung dari sejauhmana kita memaknai profesi kewartawanan itu sendiri..

    Salam kenal,
    Mahasiswa Ilmu Komunikasi, Unair, Indonesia
    Rhaila el Fatich

     
  4. nurultata

    Mei 25, 2009 at 6:43 am

    sya setuju jgk dngan pendapat saudara td wlaubgaimanapun sya tetap minat dlm bidang journalist ini sejak di bangku skolh lg..bahkan kini sya blajar dlm bidang tersebut..memang betul media skrang makin berat sblah..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: